Friday, March 22, 2013

Kalau pepohon itu boleh berbicara

Kalau perlu aku catitkan kedamaian pada kedua - dua sayapmu itu, harus aku sendiri yang mencari sesuatu untuk membantutkan ketakutan ini.

Selepas sebuah letupan di langit. Letupan yang terangnya itu hanya untuk permainan jiwa. Mereka sangka ia adalah letupan bunga - bunga palsu yang tidak langsung kekal. Ia menjadi abu. Hancur lebur.

Seperti pandangan pertama apabila mata ini celik dari koma. Diri yang berbalutan rasa fobia, hilang akal. Mencari semula apa yang terkandung dalam jalan cerita. Semalam sudah jadi sejarah, apakah hari ini mungkin berulang semula selama beberapa dekad. Untuk aku mencari semula diri yang lama menghilang, melayang, terbang.

Esspppppppppppp!Sedutan ini umpama udara yang mengandungi nyawa. Aku terbang melayang. Melakar cerita pada perut langit. Menggunakan kepul - kepul awan untuk membentuk lukisan. Selang seminit, aku curi apa rasa awan. Manis. Barangkali manis itu hanya setting minda yang mana kita sendiri menentukan apa yang kita mahu. Itu kuasa akal, kuasa otak, kuasa nadi TUHAN.

Lihat! Telapak tangan mu telah ku genggam. Nadi kita bersenyawa tapi tak sengketa. Tenang, kau harus tenang! Lihat tepat pada mata aku! Biar pandangan kita yang berbicara! Nampak? Nampak bukan? Ia adalah semulajadi apabila kau berasa takut. Sedar lah bahawa ketakutan itu abadi! Ketakutan yang halus itu harus dipanjatkan pada yang terATAS!

Jaga diri, jaga diri, jagalah diri. Ingatlah ini, bahawasanya tapak yang kau pijak ni bukanlah tempat dingin yang membawa kematian. Pasak ini adalah jujur, pada tubuh telanjang kau itu. Yang sering merakam kejahilan antara sesama. Kita serupa..

Biar aku masuk semula, atau harus kau bawa aku ke suatu tempat yang damai. Aku inginkan ia. Dalam ingatan ini. Menjadi memori abadi.

Ahmad Syukor B. Abd Razak