Friday, May 3, 2013

Apa yang aku lihat.

"Senyum. kamu dah menang". Sapaan dari seorang, bayang - bayang?

Benar kalau ertinya itu, aku andaikan bahawa bayang - bayang itu sebagai seseorang. Kerana, simboliknya itu adalah dari aku. Pantulan dari sumber cahaya, mana - mana cahaya. Melantunkan aku terus mendakap pada nadi konkrit. Aku harap kau mampu bernafas, bayang.

Lantas aku duduk, membelakangi sumber cahaya yang malap. Jadi aku dapat lihat, seolah - olah bertentang mata dengan bayang. Aku mahu kau menghela, sepertimana aku menghirup. Jadi persamaan kita adalah bentuk. Tapi aku mati, kau hidup. Aku buta, kau lihat. Aku tembus, kau kekal.

Dalam daerah ini, hanya tinggal kita berdua. Dalam lembah konkrit yang mati. Hanya punya sebatang lilin yang kian mencair. Aku menantikan mu bersuara. Lantang terus kedalam telinga, menepuk gegendang memekik saraf hingga mengejutkan deria. Aku mahu kau terangkan, apa ada dalam dunia mu itu. Sekali aku cucuk, aku jelas. Aku seorang penagih.

Malam ini, hanya kita berdua. Sesungguhnya kau tidak bernyawa, tapi kau miliki sebuah deria, deria pencerita. Saksikan malam ini, paksi pada aku duduki. Kita berdua, Mati.

"Dari mana datangnya nadi ini? Apa guna denyutan ini jika aku dalam kesusahan? Apa guna pertikaikan perkara yang sudah tertulis?"

Takdir tidak menipu, sebaliknya aku yang tertipu. Dengan jasad yang aku perolehi, aku berdusta. Pada diri. Bukan aku, tetapi kita. Melangkah dalam ranjau hidup yang penuh sempurna. Diciptakan untuk kehidupan seperti kita. Andakata hari ini adalah pengakhirnya, adakah kau masih mahu percaya?

Sudahlah, aku perlu pergi. Ini hari, aku mati. Esok - esok jika takdir mahu aku hidup lagi, maka aku kembali.

Ahmad Syukor B. Abd Razak.