Saturday, October 12, 2013

Lelaki, Curang dan Rock & Roll - 3

Diari kotaraya ke-lapan puluh sembilan

Tiada lagi arus yang harus aku redah mahupun relakan dibawa hingga ke penghujung jeram. Kali ini, hidup yang dimainkan harus aku pikul dengan baik. Aku yang sepatutnya membawa watak ini dengan tanpa ada sebarang sumbang. Sempurna.

Permainan kotaraya, aku tamatkan segera. Mati dimamah masa. Aku rela dihidupkan semula untuk berhadapan dengan suatu situasi baru. Lebih baik yang aneh, aku akan dipaksa berusaha lebih keras. Lebih menumpukan perkara yang penting, daripada aku menghabiskan waktu sepanjang masa merenung ke langit. Berfikir. Dosa pahala itu adalah lazim, bukan persekitaran paksaan.

Manis, lesung pipit yang terpahat lembut pada kedua - dua pipinya. Sehingga sekarang aku masih belum pernah puas. Membayangi serta berimajinasi. Mendakap dalam setiap mimpi, sehingga nafas terhenti. Aku masih lagi disini, berbuat demikian berulang kali, dan tersenyum keji.

Mengapa kau hanya berada dalam terpaksa? Pejam celik, aku masih lagi tertanya - tanya tentang kehadiran kau pada waktu itu yang tiada sebab mengapa. Jadi aku menyimpulkan spekulasi sendiri. Mungkin kau hanya mahu menyapa teman baikmu yang sedang berbual dengan aku tentang masa lalu. Kawan baikmu itu adalah teman rapat aku sewaktu dibangku sekolah dahulu. Jadi kau rasa tindakan kau datang menjelma seketika dan duduk disebelah tanpa berbicara. Adil kah? Aku cuma ingin tahu apa nama mu. Dipenghujung perbualan yang dari tadi hanya berceritakan tentang kisah lalu. Aku perlu bidadari baru untuk menemani aku sepanjang hidup akan datang.

Sewaktu senja mendekati. Dipercepatkan cerita yang masih bergilir menanti diluah secara terbuka dari ukiran bibir. Tidak perlu aku ceritakan siapa teman rapatku itu. Cerita ini hanya tentang kamu. Cuma aku, dilanda lamunan sejak pertama kali aku menghela nafas terhadap kamu.

Jadi selamat tinggal, sejenak selepas maghrib menyapa. Kau dan teman aku berlalu pergi dengan harapan berjumpa dengan aku lagi. Apa yang tinggal, pembayaran yang semua ongkosnya semestinya atas tanggungan aku. Ini sapu tangan kau, bertulis tarikh dan hari tersebut. Terima kasih kerana memahami aku. Kerana meninggalkan sapu tangan dengan tulisan kecil pada bahagian paling bawah. Jessica.

Wednesday, August 28, 2013

Lelaki, Curang dan Rock & Roll - 2

Lydia, itu panggilan yang aku selalu dengar. Waktu itu aku masih bekerja disebuah restoran di bandar. Sebagai pelayan pelanggan. 10 buah meja di bahagian depan itu semuanya tanggungjawab aku. Seringkali dia datang dengan sekumpulan staf pejabat. Aku tak tahu pejabat mana yang dia kerja. Tetapi, lihat pada riak mukanya itu, masih muda. Mungkin diterima kerja kerana manis pada kedua - dua lesung pipitnya apabila dia senyum. Impian lelaki berumur yang berpangkat tinggi dalam sesebuah organisasi dalam pejabat atau syarikat untuk berbini muda atau dijadikan anak ikan. Celaka itu semua. Dasar bergurukan nafsu serakah. Jadi, waktu itu aku pertama kali mengambil pesanan memandangkan aku bekerja pada sebelah petang sebelum ini. Tiba - tiba semalam, Mr. Dollah meminta aku menggantikan tempat Ajib di sebelah pagi untuk memberi laluan kepada budak beringus itu mengambil ujian lesen memandu. Jadi aku perlu bekerja sehingga malam. Aku setuju.

Waktu ini, waktu makan tengah hari. Mereka - mereka disekitar ini menyebutnya sebagai "lunch". Golongan yang dijajah sebahagian mindanya oleh bangsa berkulit putih. Tidak cukup dengan tanah, pemikiran kita turut mereka mahukan. Dasar sikulit putih penjajah! Waktu lunch inilah paling ramai pelanggan. Jualan sememangnya melonjak naik pada waktu ini, Mr. Dollah memerlukan sekurang - kurangnya 10 orang staf untuk mengawal situasi pada waktu lunch ini. Aku dah mula menyumpah seranah sambil berjalan dengan senyuman kearah meja pelanggan. Mereka men-cantumkan tiga buah meja sekaligus. Jadi aku mula kira. Semuanya dua belas orang. Fuh. Makcik, kakak dan pakcik - pakcik yang mahukan aku memanggil mereka "tuan". Bagi mereka panggil encik sudah tidak lagi memadai kerana mereka berpangkat besar. Hujung sekali, seorang yang manis. Putih kulitnya rambut kerinting yang berlabuh sehingga paras bahu. Kulit yang halus. Aku tatap selama beberapa saat.

Untuk memulakan mengambil pesanan, aku akan meminta pesanan minuman dahulu. Supaya mudah aku asingkan kertas untuk ditulis. Sesudah mereka memesan minuman, baru mudah untuk mereka memikirkan apa yang bersesuaian dengan minuman. Jika ada campuran susu, makanan berasaskan daging pastinya jauh sekali untuk dipesan. Jadi aku tenang. bergilir gilir mereka melihat pada buku menu tersebut. Yang aku benci, makcik - makcik ini terlalu cerewet perihal makanan. Dan mulut mereka tidak berhenti menyebutkan perihal diet. Bagi aku diet itu bukanlah pada apa yang kita ingin hadam. Cuma usaha kita untuk meneruskan diet itu melalui senaman ringkas. Ya benar, makanan mempengaruhi sebahagian besar dalam kitaran diet. Cuma, kalau kau ambil sayur berlebihan sekalipun, tetapi kau terus minum berlebihan gula, itu bodoh.

Baik saya ulangi ya. Satu mocha blend dengan whipped cream diatas, dua gelas ice lemon tea, tiga gelas ais batu untuk diisi tiga air minuman berkabonat coca - cola, empat gelas milkshake dan dua botol air miniral. Makanan dalam bentuk set untuk 15 orang makan. Ya? Mereka mengangguk. Sebaik sahaja mereka melambangkan kata "ya" dengan mengangguk aku harus segera ke kaunter untuk menyampaikan pesanan. Pelanggan lain masih ramai. Aku cuba curi lihat gadis tadi. Tak sempat. Cis. Tak mengapa kerana pesanan ini semua nanti aku yang perlu hantar. Jadi masih ada peluang.

30 minit berlalu, minuman semua sudah separuh yang mereka hirup. Ada sesetengah yang masih berisi penuh. Mereka sabar menantikan hidangan dengan penuh selera. Sebaik sahaja mereka nampak kelibat aku dengan dulang berisi hidangan. Masing - masing mulut berkumat kamit beranggapan tentang hidangan ini. Jadi aku dengan berhati - hati agar tidak berlaku kemalangan kecil yang akan menyebahkan makanan didalam dulang ini terjatuh atau apa - apa kemungkinan lain. Aku tidak boleh sama sekali menghampakan harapan mereka untuk melegakan lapar. Walaupun aku punya sedikit kebencian pada mereka yang terlalu cerewet. Ahh,, abaikan sahaja. Aku perlu fokus dengan misi aku untuk menatap wajah simanis tadi.

Bertentang dengan aku, ada seorang wanita separa tua, mungkin dalam lingkungan 40-an. Menuju laju kearah restoran. Dengan muka bengis, aku fikir mesti dia sedang kelaparan. Jadi aku abaikan kedatangannya. Kembali fokus pada simanis! Semakin dekat aku rasa semakin debar. Jadi aku sengaja untuk menghantar hidangan melalui simanis, memandangkan dia duduk dihujung meja, jadi aku tidak perlukan alasan lain lagi untuk mendekatinya. Tenang sahaja aku rasa. Ya, aku nakal. Aku sempat berimajinasi bahawasanya aku sedang bermain didalam kamar bersamanya. Dasar lelaki, nafsunya hanya satu. Pada perempuan.

"Masih tak serik kau ya Lydia?!" Satu suara yang menerkam muka simanis disulam dengan penampar yang mempunyai dendam dan benci. Ini wanita tadi, yang meluru laju ke pintu restoran dengan wajah bengis. Jelas buah fikir aku sudah tak boleh pakai! Haha. "Aku mahu kau ceraikan aku Arman! dan aku pecat kau dari syarikat aku!serta merta!" Pakcik yang duduk disebelah simanis tadi lantas bangun dan cuma menenangkan wanita tersebut. Wanita tadi memekik kepada simanis. Restoran ini tidak lagi dipenuhi dengan manusia yang mahu menghilangkan rasa lapar, tetapi mereka lebih cenderung kepada rasa ingin tahu tentang kejadian ini. Sedangkan aku masih lagi tercegat dan memegang dulang berisi hidangan. Letih, tetapi rasa kasihan kepada simanis masih membuak. Aku juga ingin tahu apa sebabnya wanita ini menamparnya dengan begitu kuat. Dia hanya tunduk dan bertakung air mata. "Tuan, saya dah tak tahan lagi, saya mahu pergi." Sambil dia bangkit untuk beredar, wanita tadi sempat mencapai milkshake diatas meja dan mencurahkan kepadanya. Terus air mata yang bertakung pada kelopak tadi, melurus laju melalui pipi.

Oh, jadi Tuan Arman ini curang pada isterinya yang juga pemilik syarikat yang mereka bekerja. Kesimpulan mudah untuk kejadian yang jarang sekali berlaku di sekitar ini. Lagi - lagi di restoran ini. Jadi, simanis itu pemilik nama Lydia. Aku segera meletakkan hidangan tadi diatas meja, beserta dengan dulang. Menjadi tugas aku sebagai pelayan restoran yang professional untuk mengawal keadaan. Jika tidak sia - sia sahaja Mr. Dollah mempercayai aku dengan gaji sebanyak RM 9.00 untuk satu jam bekerja. Aku menarik Lydia ketepi, dan cuba menenangkan wanita tadi dengan mengalihkan Lydia dari penglihatannya. Aku meminta Tuan Arman untuk membawa pergi wanita tadi yang juga isterinya untuk berbincang di tempat lain. Tetapi Tuan Arman juga menerima sebuah tamparan yang disulam benci dan amarah dari isterinya itu. "Take this letter and take all your things in my company now! See you in court tomorrow with my lawyer." Wanita tadi terus berlalu pergi. Wow! inilah sebabnya wanita tidak dibenarkan menjadi pemimpin. Kerana amarahnya itu akan memusnahkan segalanya dalam sekelip mata. Cuba bayangkan jika talak itu terletak pada wanita, mahu menduda terus Tuan Arman sbentar tadi.

Sebaik sahaja wanita itu pergi, Tuan Arman cuba memujuk Lydia agar jangan sedih dan marah padanya. Dia cuba menarik tangan Lydia untuk balik ke pejabat. Lydia tidak setuju sama sekali, katanya sudah kali ketiga dia diserang isteri Tuan Arman, tetapi kali ini paling teruk. Tuan Arman naik berang kerana Lydia menolak pelawaannya untuk balik kepejabat. Meninggalkan Lydia dengan berkata "dasar gadis murahan, tak tahu mengenang budi".

Lihat pada riak muka Lydia, sememangnya dia mahu teriak sekuat - kuatnya untuk melepaskan rasa sakit dalam diri. Perkara ini berlaku terlalu cepat. Aku? lagikan terlalu asing dalam kejadian ini. Cuma aku bertanggunjawab disini, kuasa aku sebagai pelayan restoran untuk menenangkan serta memberi layanan yang terbaik untuk para pelanggan aku. Mengawal keadaan yang kacau bilau yang menimbulkan rasa tidak selesa kepada pelanggan yang lain sememangnya tanggungjawab aku. Jadi, aku memperlawa Lydia ke tandas restoran untuk membasuh kotoran milkshake dibajunya. Dia angguk tanda setuju.

Milkshake, itu campuran susu. Sudah pastinya kotoran itu sukar dibuang dengan basuhan biasa. Tompokan pada baju kemeja Lydia yang bewarna hijau itu semestinya tidak lagi sesuai. Kerana nampak comot. Aku selalunya membawa pakaian bersih untuk ditukar selepas tamat kerja. Paling kurang pun t-shirt. Kerja di restoran ini ada uniformnya sendiri. Kemeja putih, seluar slack hitam serta kasut kulit hitam. Untuk memakai kot, itu terpulang. Tetapi riben hitam pada leher itu wajib! Aku menawarkan Lydia baju t-shirt bersih itu untuk dia pakai pulang kerumah. Dia tanpa rasa segan menggangguk dan memakainya. Aku lihat, padan sahaja berbanding baju kemeja hijau yang dipadankan dengan jeans skinnyfit tadi. t-shirt aku nampak lebih sesuai.

Aku ambil sehelai kertas, tuliskan nama, nombor telefon serta alamat rumah sewa aku. Melalui dua cara ini Lydia boleh menghantar semula t-shirt aku. Jika dia tidak keberatan, dia boleh datang semula ke restoran ini untuk pulangkan t-shirt. Tetapi aku yakin dia akan malu untuk kembali ke sini setelah apa yang menimpa dia tadi. Aku membantu kerana aku kasihan dengan nasib yang menimpa Lydia sebentar tadi. Perempuan yang manis begini tidak seharusnya berada dalam keadaan malang sehingga macam ini sekali. Aku arahkan Lydia pulang dengan hati - hati dan hanya menelefon aku ketika waktu malam. Kerana waktu siang aku sangat sibuk. Lagipun aku akan bersama Wati, teman wanita aku yang juga tukang masak dibahagian dapur restoran ini. Agar Wati tidak dapat kesan bahawa aku menaruh hati pada Lydia, sungguhpun aku membantunya tadi.

***********

Jam menunjukkan pukul satu pagi. Aku belum hilang penat bekerja, walaupun aku selesai mandi. Telefon aku berdering. Aku lihat pada paparan skrin, nombor telefon yang tidak dikenali. Aku pasti yang ini Lydia, kerana nombor telefon aku hanya diberi pada kenalan rapat sahaja. Tidak akan ada yang lain mengetahui nombor telefon ini jika bukan aku yang memberinya sendiri. "Helo, saya telefon ni sebab nak pulangkan t-shirt awak." Suaranya begitu lembut didalam telefon. Aku sempat lagi berangan mahu dipeluknya pada waktu keletihan begini, membisik pada telinga. "Err, esok lah. Sekarang sudah lewat malam. Lagipun saya malas nak keluar." Jawab aku mudah. "Oh tak, awak bukak pintu rumah. Saya tinggalkan di depan pintu. Terima kasih ya sebab tolong saya tengah hari tadi. Bye." Lydia menamatkan panggilan. Aku terfikirkan, ya, memang aku ada memberinya alamat rumah. Aku fikir dia boleh pos kan t-shirt tu. Tak sangka pula dia sendiri yang hantar. Berani betul. Tanpa fikir panjang, aku dengan hanya berseluar pendek tanpa baju. Sememangnya aku mahu tidur, keadaan aku pasti paling selesa. Dan ini lah dia, pakaian yang paling sesuai untuk tidur. Sebaiknya aku telanjang sahaja, tapi difikirkan takut - takut ada orang lalu didepan rumah melihat aku bertelanjang, apa pula difikirkan mereka. Aku dah la bujang, duduk seorang diri di apartment ni.

Aku buka pintu, Lydia berdiri tegak didepan pagar. Memegang beg kertas yang berisi t-shirt aku tadi. Setelah pagar dibuka, aku belum sempat mengajukan sebarang soalan kenapa dia berada disini, Lydia dengan lekas masuk rumah. Dia sendiri yang menutup pagar serta mengunci pintu dengan cepat. Menarik aku ke dalam kamar dan menutup lampu.

Dasar perempuan murahan.

Rasa

Dan segala - galanya berubah sekiranya kita punya satu bentuk kesedaran.

Ayah, segenggam tanah ini aku lemparkan pada muka mu. Biar ada sedikit luka. Mudah untuk aku mencemari-mu dengan racun dan buah fikirku yang semakin hari kian membenci. Jasad aku bukan lagi sepertimana mampu kau kawal dengan minda-mu yang selalunya menyatakan kata - kata yang mampu membuat aku jatuh, jatuh mematuh-mu. Kali ini, tidak.

 Semalam aku punya sebuah cerita, yang langsung kau tidak berminat. Kerana kau dapat berhubung dengan firasat lemah ini. Aku punya darah kau, jadi kau dengan sewenang - wenangnya mampu suntik peranan-mu dalam diriku ini. Lihat kelangit, jasad aku rebah sepenuhnya. Mendakap kepingan dedaun yang luruh dari pepohon yang sememangnya melindungi aku sekiranya aku dihendap oleh mata - mata yang memburu. Keringat ini bukan untuk dilacurkan bila perlu!

Sekarang kau tagih, kau tabur semula cerita diwaktu aku masih kecil. Cerita semasa aku berborak dengan kau dari hati ke hati. Waktu itu, kita dalam perjalanan ke pantai. Kau cuba penuhi permintaan aku untuk bermain dengan pasir - pasir. Melayari ombak yang memukul manja telapak kaki aku. Ahhh, dan disediakan juga masakan ibu dibentangkan di sebelah pohon besar. Berkembar dengan batu besar. Disitu kita bersantai sekeluarga. Indah bukan?

Mana kau hilang? Mati? dalam fikiran aku sudah tentu. Tetapi dalam dunia? Kau masih berlegar disekitar. Membisik agar aku dekat dengan kau. Sedangkan aku makin membenci. Mengapa? Kerana aku pernah terlantar sewaktu kau cuba mendapatkan sesuatu yang indah. Aku tenat ketika itu, ada kau peduli? Hilang.

---------------------------- >

Ke kanan itu. Hala tuju yang baharu. Selangkah kita. Mari, genggam tangan. Aku takut untuk memulakan. Satu, dua, tiga. ***

Sekarang kau rasa apa yang aku rasa?

Ahmad Syukor b. Abd Razak

Friday, May 3, 2013

Apa yang aku lihat.

"Senyum. kamu dah menang". Sapaan dari seorang, bayang - bayang?

Benar kalau ertinya itu, aku andaikan bahawa bayang - bayang itu sebagai seseorang. Kerana, simboliknya itu adalah dari aku. Pantulan dari sumber cahaya, mana - mana cahaya. Melantunkan aku terus mendakap pada nadi konkrit. Aku harap kau mampu bernafas, bayang.

Lantas aku duduk, membelakangi sumber cahaya yang malap. Jadi aku dapat lihat, seolah - olah bertentang mata dengan bayang. Aku mahu kau menghela, sepertimana aku menghirup. Jadi persamaan kita adalah bentuk. Tapi aku mati, kau hidup. Aku buta, kau lihat. Aku tembus, kau kekal.

Dalam daerah ini, hanya tinggal kita berdua. Dalam lembah konkrit yang mati. Hanya punya sebatang lilin yang kian mencair. Aku menantikan mu bersuara. Lantang terus kedalam telinga, menepuk gegendang memekik saraf hingga mengejutkan deria. Aku mahu kau terangkan, apa ada dalam dunia mu itu. Sekali aku cucuk, aku jelas. Aku seorang penagih.

Malam ini, hanya kita berdua. Sesungguhnya kau tidak bernyawa, tapi kau miliki sebuah deria, deria pencerita. Saksikan malam ini, paksi pada aku duduki. Kita berdua, Mati.

"Dari mana datangnya nadi ini? Apa guna denyutan ini jika aku dalam kesusahan? Apa guna pertikaikan perkara yang sudah tertulis?"

Takdir tidak menipu, sebaliknya aku yang tertipu. Dengan jasad yang aku perolehi, aku berdusta. Pada diri. Bukan aku, tetapi kita. Melangkah dalam ranjau hidup yang penuh sempurna. Diciptakan untuk kehidupan seperti kita. Andakata hari ini adalah pengakhirnya, adakah kau masih mahu percaya?

Sudahlah, aku perlu pergi. Ini hari, aku mati. Esok - esok jika takdir mahu aku hidup lagi, maka aku kembali.

Ahmad Syukor B. Abd Razak.

Friday, March 22, 2013

Kalau pepohon itu boleh berbicara

Kalau perlu aku catitkan kedamaian pada kedua - dua sayapmu itu, harus aku sendiri yang mencari sesuatu untuk membantutkan ketakutan ini.

Selepas sebuah letupan di langit. Letupan yang terangnya itu hanya untuk permainan jiwa. Mereka sangka ia adalah letupan bunga - bunga palsu yang tidak langsung kekal. Ia menjadi abu. Hancur lebur.

Seperti pandangan pertama apabila mata ini celik dari koma. Diri yang berbalutan rasa fobia, hilang akal. Mencari semula apa yang terkandung dalam jalan cerita. Semalam sudah jadi sejarah, apakah hari ini mungkin berulang semula selama beberapa dekad. Untuk aku mencari semula diri yang lama menghilang, melayang, terbang.

Esspppppppppppp!Sedutan ini umpama udara yang mengandungi nyawa. Aku terbang melayang. Melakar cerita pada perut langit. Menggunakan kepul - kepul awan untuk membentuk lukisan. Selang seminit, aku curi apa rasa awan. Manis. Barangkali manis itu hanya setting minda yang mana kita sendiri menentukan apa yang kita mahu. Itu kuasa akal, kuasa otak, kuasa nadi TUHAN.

Lihat! Telapak tangan mu telah ku genggam. Nadi kita bersenyawa tapi tak sengketa. Tenang, kau harus tenang! Lihat tepat pada mata aku! Biar pandangan kita yang berbicara! Nampak? Nampak bukan? Ia adalah semulajadi apabila kau berasa takut. Sedar lah bahawa ketakutan itu abadi! Ketakutan yang halus itu harus dipanjatkan pada yang terATAS!

Jaga diri, jaga diri, jagalah diri. Ingatlah ini, bahawasanya tapak yang kau pijak ni bukanlah tempat dingin yang membawa kematian. Pasak ini adalah jujur, pada tubuh telanjang kau itu. Yang sering merakam kejahilan antara sesama. Kita serupa..

Biar aku masuk semula, atau harus kau bawa aku ke suatu tempat yang damai. Aku inginkan ia. Dalam ingatan ini. Menjadi memori abadi.

Ahmad Syukor B. Abd Razak