BAWA AKU KE SESUATU TEMPAT YANG DAMAI
Dalam belenggu kemarau, aku dahagakan ketenangan. Di sebuah perhentian, punya sebatang pohon tua yang daunnya hanya tinggal satu. Terus dijirus air dengan harapan ia berkembang seperti sediakala. Maka pada ketika itulah, deria aku semakin berbaur kehilangan. Bumi yang aku pijak dinihari, semakin mencapai klimaks kemusnahan. Andai kata Tuhan mengizinkan usia Hamba-Nya dilanjutkat selama beberapa dekat lagi, aku seperti mahu menjadi yang pertama untuk kehidupan seterusnya. Menjaga keamanan serta amanah yang disertakan. Bahtera kepunyaan aku, membawa ketenangan kepada mereka yang meracau dalam kebingungan.
Ahmad Syukor B. Abd Razak
kebingungan yang membelenggu diri membuatkan kita berkhayal seperti diri tidak lagi wujud. lumpuh dan rapuh seperti pepohon yang sudah tiba ajalnya. bahtera kepunyaan kau akan aku isikan dengan sesuatu yang tidak pernah kau jangka dan itulah realiti sebuah kehidupan.
ReplyDelete