Wednesday, August 28, 2013

Rasa

Dan segala - galanya berubah sekiranya kita punya satu bentuk kesedaran.

Ayah, segenggam tanah ini aku lemparkan pada muka mu. Biar ada sedikit luka. Mudah untuk aku mencemari-mu dengan racun dan buah fikirku yang semakin hari kian membenci. Jasad aku bukan lagi sepertimana mampu kau kawal dengan minda-mu yang selalunya menyatakan kata - kata yang mampu membuat aku jatuh, jatuh mematuh-mu. Kali ini, tidak.

 Semalam aku punya sebuah cerita, yang langsung kau tidak berminat. Kerana kau dapat berhubung dengan firasat lemah ini. Aku punya darah kau, jadi kau dengan sewenang - wenangnya mampu suntik peranan-mu dalam diriku ini. Lihat kelangit, jasad aku rebah sepenuhnya. Mendakap kepingan dedaun yang luruh dari pepohon yang sememangnya melindungi aku sekiranya aku dihendap oleh mata - mata yang memburu. Keringat ini bukan untuk dilacurkan bila perlu!

Sekarang kau tagih, kau tabur semula cerita diwaktu aku masih kecil. Cerita semasa aku berborak dengan kau dari hati ke hati. Waktu itu, kita dalam perjalanan ke pantai. Kau cuba penuhi permintaan aku untuk bermain dengan pasir - pasir. Melayari ombak yang memukul manja telapak kaki aku. Ahhh, dan disediakan juga masakan ibu dibentangkan di sebelah pohon besar. Berkembar dengan batu besar. Disitu kita bersantai sekeluarga. Indah bukan?

Mana kau hilang? Mati? dalam fikiran aku sudah tentu. Tetapi dalam dunia? Kau masih berlegar disekitar. Membisik agar aku dekat dengan kau. Sedangkan aku makin membenci. Mengapa? Kerana aku pernah terlantar sewaktu kau cuba mendapatkan sesuatu yang indah. Aku tenat ketika itu, ada kau peduli? Hilang.

---------------------------- >

Ke kanan itu. Hala tuju yang baharu. Selangkah kita. Mari, genggam tangan. Aku takut untuk memulakan. Satu, dua, tiga. ***

Sekarang kau rasa apa yang aku rasa?

Ahmad Syukor b. Abd Razak

No comments:

Post a Comment