Diari kotaraya ke-lapan puluh sembilan
Tiada lagi arus yang harus aku redah mahupun relakan dibawa hingga ke penghujung jeram. Kali ini, hidup yang dimainkan harus aku pikul dengan baik. Aku yang sepatutnya membawa watak ini dengan tanpa ada sebarang sumbang. Sempurna.
Permainan kotaraya, aku tamatkan segera. Mati dimamah masa. Aku rela dihidupkan semula untuk berhadapan dengan suatu situasi baru. Lebih baik yang aneh, aku akan dipaksa berusaha lebih keras. Lebih menumpukan perkara yang penting, daripada aku menghabiskan waktu sepanjang masa merenung ke langit. Berfikir. Dosa pahala itu adalah lazim, bukan persekitaran paksaan.
Manis, lesung pipit yang terpahat lembut pada kedua - dua pipinya. Sehingga sekarang aku masih belum pernah puas. Membayangi serta berimajinasi. Mendakap dalam setiap mimpi, sehingga nafas terhenti. Aku masih lagi disini, berbuat demikian berulang kali, dan tersenyum keji.
Mengapa kau hanya berada dalam terpaksa? Pejam celik, aku masih lagi tertanya - tanya tentang kehadiran kau pada waktu itu yang tiada sebab mengapa. Jadi aku menyimpulkan spekulasi sendiri. Mungkin kau hanya mahu menyapa teman baikmu yang sedang berbual dengan aku tentang masa lalu. Kawan baikmu itu adalah teman rapat aku sewaktu dibangku sekolah dahulu. Jadi kau rasa tindakan kau datang menjelma seketika dan duduk disebelah tanpa berbicara. Adil kah? Aku cuma ingin tahu apa nama mu. Dipenghujung perbualan yang dari tadi hanya berceritakan tentang kisah lalu. Aku perlu bidadari baru untuk menemani aku sepanjang hidup akan datang.
Sewaktu senja mendekati. Dipercepatkan cerita yang masih bergilir menanti diluah secara terbuka dari ukiran bibir. Tidak perlu aku ceritakan siapa teman rapatku itu. Cerita ini hanya tentang kamu. Cuma aku, dilanda lamunan sejak pertama kali aku menghela nafas terhadap kamu.
Jadi selamat tinggal, sejenak selepas maghrib menyapa. Kau dan teman aku berlalu pergi dengan harapan berjumpa dengan aku lagi. Apa yang tinggal, pembayaran yang semua ongkosnya semestinya atas tanggungan aku. Ini sapu tangan kau, bertulis tarikh dan hari tersebut. Terima kasih kerana memahami aku. Kerana meninggalkan sapu tangan dengan tulisan kecil pada bahagian paling bawah. Jessica.
No comments:
Post a Comment