Din : Mat, kau rasa benda yang kita tengah buat ni, orang tua kita pun biasa buat tak eh?
Mat : Tak tahu la Din. Yang aku rasa sekarang ni, kalau kita tak buat benda ni kita tak makan. Sekarang ni kau lapar tak? Sebab aku dah tak boleh tahan dah ni. Jom siapkan benda ni dulu pastu kita selesaikan masalah kat otak kau tu Din.
Din : Masalahnya Mat, kalau aku tak selesaikan masalah kat otak aku ni aku tak boleh makan. Tak ada selera la Mat.
Mat : Din. Hidup ni Din, tak boleh banyak fikir tahu? Apa yang berlaku sekarang ni barangkali tak ada kene mengena langsung dengan apa yang orang tua kita pernah buat dulu. Kita pun tak tahu kan? Masalah kita sekarang ni kita terdesak, bukannya kita memang nak buat benda ni sangat. Aku tahu la salah, tapi kita terdesak Din.
Keluh Mat dalah nada sederhana tegas. Dia tak mahu rakannya tersinggung dengan kata - kata kesat. Mat ni bagus, remaja awal 20-an yang pandai berdikari. Dalam suasana sibuk hidup ni bandaraya, kena pandai bawa diri. Apa sahaja peluang yang ada, disambar Mat cepat - cepat. Cuma kerja kali ni sahaja yang tak menepati cara hidupnya. Tapi apakan daya, sudah terdesak dan terpaksa.
Dengan cepat Mat mengambil bungkusan atas meja yang telah disediakan dan bersedia untuk menjalankan tugasnya. Sementara Din masih lagi tercegat kaku ditepi pintu, Mat menariknya keluar dan menaiki motosikal untuk berangkat ke destinasi yang diberitahu bos mereka.
Di atas moto, mereka berborak panjang. Destinasi pun lebih kurang 10 minit jaraknya satu hala. Mat banyak beri nasihat. Tapi bunyinya macam dengar macam hilang. Atas moto, bercakap dalam keadaan angin kuat, apa yang kau nak dengar sangat. Habis teruk pun air liur orang depan je lebih bersembur dekat muka.
Semasa sampai ke destinasi, Din tercegat. Tak macam Mat, yang dah biasa dengan kerja macam ni.
Sampai ke kondominium mewah dalam bandaraya Kuala Lumpur, Mat menyuruh Din melihat dan belajar apa sahaja yang dia buat. Dari cara bercakap dengan pengawal keselamatan warga Nepal, cara tekan butang lif, cara menekan loceng rumah dan sehinggalah sampai waktu bertemu dengan individu yang memesan benda tersebut. Setelah selesai semuanya, mereka pulang.
Sewaktu perjalanan pulang Mat dengan Din langsung tak bercakap. Barangkali masing - masing ada timbul rasa bersalah. Masing - masing memikirkan sesuatu. Setelah tiba di lokasi asal, mereka memberi wang yang telah dibayar oleh individu tersebut kepada bos mereka.
Bos : Din! Kau dah faham cara kerja macam yang Mat dah tunjukkan? Tanya bos mereka yang sangat tegas.
Din : Faham bos! Menjawab dengan nada terkejut sambil terkebil - kebil ketakutan.
Mat mengajak Din lepak diluar. Masing - masing mencucuh sebatang rokok. Sedutan pertama, sedut dan lepas. Si Mat melepas panjang. Din memerhati, dia tahu ada sesuatu yang akan dikatakan oleh Mat.
Mat : Din, aku tak rasa apa yang kita buat sekarang ni orang tua kita pernah buat.
Din : Apa penjelasan kat Mat?
Mat : Zaman dulu mana ada servis McDelivery macam ni. Orang tua aku dulu usahakan kebun kat kampung. Bapak kau pun sama Din, kan bapak kau tu adik bapak aku. Kitakan sepupu.
Din : Ye tak ye jugak Mat!
No comments:
Post a Comment