Monday, March 24, 2014

Seperti Semalam

Seperti semalam, waktu aku bahagia. Saat ada segalanya, hidup tanpa hiba.
Seperti semalam, waktu aku menutup mata. Saat aku pendam duka, cela seluruh jiwa.
Seperti semalam, waktu terdetik rasa.
Seperti semalam.

Adanya pada celah - celah belukar, aku jumpa setia. Gambarannya tiada, tapi nafasnya ada.
Adanya di seluruh dunia, aku jumpa cita - cita. Mencapainya tidak, tapi seakan - akan berjaya.

Cuma rasa, yang sering sahaja menyiksa. Antara iya dan tidak. Antara terima atau tolak.

Saat ini, aku teruja. Mengenalimu dengan lebih rasa. Hingga waktu senja.

Sunday, March 23, 2014

Lelaki, Curang dan Rock & Roll - 5


Dari nadi yang berkata, kekuatan bukanlah dari paras fizikal. Ia adalah sumber dari kekuatan mental, yang tak henti - henti berusaha, yang tak kenal erti mati.

"Tari kata yang mengamit segala memori, berpusing dalam kotak hati. Menyakitkan, setiap saraf yang bertelagah antara sesama. Yang menidakkan dan yang mengakui bahawasanya jiwa ini berhak untuk merasa keduanya."

So i guess you have gone through a lot of things that hurt your heart and feels. With your words that flew away with those smooth air, under a big tree. Kata seorang gadis yang merenung aku sejak dari awal persembahan aku tadi. Sapaan spontan sewaktu aku berlalu keluar dari belakang tabir. Aku senyum dan berlalu pergi.

"Jadi, that moment you betul - betul tak rasa nak bersua dengan sesiapa? I mean, I memang dekat situ tegur you kan? Just that smile and you gone." Kata Cik Ai. Cik Ai bukanlah nama sebenar gadis ini, aku yang menamakan dia Cik Ai kerana "Ai" aku sebut dari perkataan eye yang beerti mata. Ya, sewaktu kali pertama aku memandang Cik Ai, dari belakang tabir sewaktu hari persembahan aku dahulu. Mata, menjadi subjek penting untuk aku terus kekalkan perkenalan ini.

Hey, those eyes are beautiful. Kata ku dalam nada lembut. Pertuturan aku harus dijaga, gadis jelita yang mempunyai sepasang mata yang menggoda ini bukan biasa - biasa. Cik Ai mempunyai kerjaya yang tinggi. Aku? Hanya seorang lelaki yang suka berfoya - foya. Untuk kali ini, barangkali aku sudah terjatuh. Terjatuh dari takhta takha hati para gadis yang telah aku tinggalkan. Untuk kali ini, peratusan untuk aku tewas tinggi. Aku harus berhati - hati.

Can we have a picture together? Untuk tanda perkenalan kita. Tanya aku pada Cik Ai. Okey, jawabnya ceria. Waktu ini, aku ambil sedikit kesempatan untuk berada rapat dengannya, cukup sekadar berlaga bahu. Kami berada di kawasan parkir kereta, bersebelahan dengan keretanya. Aku jelas terperangkap dalam situasi berbahaya ini, situasi yang akan meruntuhkan ego seseorang lelaki. Matanya sekali lagi aku tenung. Gambar yang ditangkap terpampang jelas aku sedang merenung tepat kematanya. Cik Ai sengaja tidak menegur sedangkan dia nampak aku sedang merenung tepat ke matanya sewaktu dia hendak menekan punat di telefon pintar jenis samsung galaxy yang mempunyai kamera di sebelah hadapan. Jadi dia boleh melihat keadaan semasa hendak mengambil gambar. "Nakal" kataku dalam hati. Aku minta untuk mengambil semula gambar yang baru, tapi Cik Ai menolak permintaan aku manja. Katanya gambar ini menunjukkan yang aku tertarik dengannya. Cis!

This will be the proof that you always stare at me. And thanks for saying me beautiful. Cik Ai berkata ringkas sambil bergerak masuk kedalam keretanya. Goodbye! Tingkap keretanya ditutup rapat lalu memecut pergi. Sedangkan aku, yang masih tercegat berdiri. "I just said that only your eyes beautiful, not you." Kataku dalam hati. Aku berlari anak, kononnya mengejar kereta Cik Ai. Menjerit sepenuh hati, I HOPE YOU ARE THE ONE!!!!!!!

Suasana sunyi, sambil kedengaran lagu 'Dia, dia, dia nyanyian Fatin Shidqia Lubis.'

Saturday, March 15, 2014

Lelaki, Curang dan Rock & Roll - 4

Seringkali wajah kamu hadir didalam setiap tidurku, menyinari setiap inci ruang kegelapan yang takdirnya memisahkan kita.

"hey, esok kamu perlu bekerja kan? dah lewat malam. Rasanya perkara yang paling baik adalah tidur." Aku berkata pada Lola. "Tapi, kita tak pernah dapat berbual lama. Kalau waktu siang, saya bekerja dari pagi sampai malam. At least, I want a quality talk between us. Even when i'm off duty, I have to spend my hours at home with family." Jawabnya dengan nada yang memberontak. Suaranya kecil, manja. tapi nadanya itu aku tahu dia tidak berasa selesa dengan kehidupannya sekarang. "Itu yang terbaik." jawabku ringkas lalu memutuskan talian telefon kami berdua. Itulah kali terakhir aku berbicara dengan Lola setelah aku merancang untuk menghilangkan diri.

Sejak kali pertama aku terjumpa dengan Lola, aku tidak berniat untuk berpacaran sehingga ke hari ini. Kerana bagiku, perempuan seperti Lola ini ada perjalanan hidup sendiri. Hidup yang hanya memikirkan untuk protes dan memberontak. Golongan seperti dia ini adalah yang mendapat kurang perhatian dari keluarga. Aku tahu, kerana aku pun begitu. Mereka lebih rapat dengan kawan - kawan bilamana ada sesuatu yang berlaku harus dihubungi rakan terlebih dahulu. Jadi aku tolak untuk berpacaran kerana aku tidak mahu menjadi salah seorang penyebab pemberontakan Lola menjadi lebih menjadi - jadi. Aku putuskan untuk undur diri.

Jodoh itu pada tangan Ilahi, bercinta macam mana sekalipun jika tiada jodoh takkan menjadi. Usia makin meningkat. Apa yang ada pada aku? Tiada apa yang istimewa melainkan untuk berkata romantis pada para gadis. Sengsara, itu yang akan mereka rasa.

"If i'm not mistaken, i'm sure it's you." Satu suara yang aku kenal, menyapa aku dari belakang. Jarang ada orang yang tahu tempat aku beristirehat, menenangkan fikiran, hilangkan stress kehidupan. Pinggir laut di suatu tempat yang sangat istimewa buatku. Aku masih enggan menoleh kebelakang, untuk melihat secara terus siapakah gerangan yang menyapa aku di tempat "persembunyian" aku disini. Barangkali Anita sudah pulang dari Eropah dan mencari aku disini. Kerana disinilah tempat aku mula berkenalan dan aku hilang teruna. Anita tua 10 tahun dari aku. Anak dara tua yang sangat "high taste". Katanya dahulu jika tak dapat bersama aku dia mahukan seorang lelaki Eropah sebagai suami. Memang kena dengan cirinya seorang perempuan yang sangat matang dalam pelbagai perkara. Daripada berbicara hingga perbuatan serta pemikiran. Tinggi lampai dan potongan badan lentik. Aku yakin jejaka Eropah pun boleh jatuh hati dengannya.


"Really? setelah 4 tahun awak hilang dari perbualan telefon yang terakhir, yang meninggalkan saya dalam keadaan bermimpi. Setiap hari. Setelah 4 tahun, awak masih mahu lari dari saya? At least, palinglah muka. Dan lihatlah siapa dibelakang ini." Ya, maafkan aku Lola. Aku bukan lari, cuma aku tahu bukan aku yang sepatutnya kamu cari. Bisik aku didalam hati. Lalu aku terus berdiri dan memandang mukanya sepuas hati. Rindu, 4 tahun terpisah. Entah apa terjadi padanya dalam jangka tersebut. Sedangkan aku masih terkapai - kapai mencari realiti kehidupan. Antara imaginasi dan angan. Antara pergerakan dan perbuatan. Aku hanya duduk di perantaraan. Masih begitu, sejak dahulu.

Aku tenung matanya, penuh suram. Adakah kerana aku pergi dahulu, telah menyebabkan hidupnya begini. Aku tahu walaupun berkali - kali aku nyatakan sebab aku pergi, kau tetap takkan peduli. Aku hanya punya satu sebab, bukan aku tak peduli. Maafkan aku Lola. Aku, buntu.

Satu senyuman terukir dibibir Lola. "Its like a healing theraphy, looking at your serious face and your caringness even just a look of your eyes. Fresh, i feel so fresh." Aku usap pipinya, lembut. Sama seperti dahulu. Orangnya yang sedikit berisi, dan tidak berapa tinggi. Comel. Aku renung mantanya lagi, dan kali ini matanya bertakung. Aku tanya, "what's wrong?". "i'm going to marry someone once broke my heart, by force." Jelas sekali, dari sejak mula ini yang difikirkan Lola. Sekali lagi maafkan aku Lola. Aku, buntu.

Tanpa banyak berkata, Lola memberi aku sebuah sampul. Isinya berat dan nipis. Gambar - gambar hidupnya sepanjang aku hilang dari pandangan, dari fikiran. Tetapi aku kekal di ingatannya. Lola berlalu pergi, sambil mengesat air mata yang mengalir deras di pipi. Aku hanya berdiri kaku, melihat dia pergi.