Dasarnya, penggunaan "aku" itu kasar.
Dan sekiranya penggunaan aku ini dianggap kasar, apakah "saya" yang lembut itu diyakini baik? Kasar tak semestinya jahat. Tapi ya, pada sesetengah perkara, aku itu boleh menikam jiwa. Jiwa yang bergelora.
Lebih mendalam, watak aku ini, sedang disakiti. Terlalu sakit sehingga dirinya dianggap tak berguna. Oleh watak asal itu sendiri. Seperti menghadap cermin, bercakap dengan diri. Ia seperti juga mimpi cermin. Cermin yang mencerminkan mimpi. Dalam cermin itu punyai cerita yang belum pernah diteroka. Sekarang watak aku ini berada dalam cermin tersebut. Yang sedang melayang - layang. Tapak graviti 0. Tanpa darat serta langit. Bahkan lautan pun tidak pernah wujud dalam mimpi ini. Apakah ini?
Jadi kasarkah permukaan cermin ini? atau lagi kasar bahasamu itu? Sebelum kau bersuara harap kau berfikir sejenak. Sesaat sudah memadai untuk mempertikaikan tentang kebenaran yang kau miliki. Adakah kewujudan kau itu dianggap sempurna? Atau kau sendiri pun belum pernah teroka minda kau itu. Rasakan kepedihan yang kau lontarkan ini, pada diri kau pula. Rasa hanya sedikit. Kelak kau rasainya secara beransur. Pilihan lain, kau boleh rasakannya sekaligus. Risikonya antara kau gila atau kau separa waras atau kau berjaya. 3 pilihan yang membuatkan kau rasa kau ini tak berguna. 3 pilihan yang merunsingkan jiwa. 3 pilihan yang tak pernah bekerjasama. Kau mahukan itu? Aku boleh berikan sedikit.
Tidakkah Kau rasa Kaulah punca segalanya? Yang mencipta langit dan bumi? yang menjadikan aku bernyawa? Yang membenarkan aku terokai ruang dunia? Yang membenarkan aku bertutur kata? yang membenarkan aku berbicara dengan bunyi - bunyian? Yang membenarkan aku menghela nafas? Kau lah puncanya. Segalanya Ilahi.
Aku, penat mengejar masa, penat mengejar erti hidup, penat mengejar bayang - bayang yang tak mungkin tercapai. Aku penat mencari segalanya. Malah berputus asa. tapi ini adalah hakikat. Hakikat yang hakiki yang mesti kau miliki. Kerana ini adalah sebuah perjuangan, perjuangan yang abadi.
Liang - liang roma dipenuhi peluh yang ghairah mengalir keluar. Susuk tubuh ini tidak lagi dianggap suci. Daki, debu yang melekat. Lekit - lekit air jantan ini dijilat - jilat. Rasa itu adalah rasa tubuh. Rasa aku. Waktu yang tak pernah kita ambil kira, waktu yang tak pernah kita lihat. Bagaimana jika ianya adalah nyata? Sewaktu kau bermimpi itu, rupa - rupanya adalah hidup kau yang sebenar? Dan waktu aku menulis ini, adalah ilusi semata - mata? Bagaimana jika ini semua paralis?
Cuma perlu ke cermin. Lihat. Lihat betul - betul kemata. Biar pandangan itu tepat. Lihat pada anak mata, yang membesar dalam gelap, yang mengecil dalam cerah. Itu adalah diri kau, diri aku dan diri kita.
Penuh persoalan yang perlu dirungkaikan*
Ahmad Syukor B. Abd Razak
ada apa dijiwa? jika ingin dikongsikan? :)
ReplyDelete-aa