Sunday, December 16, 2012

Lelaki, Curang dan Rock & Roll

2012. Pada lelaki, curang itu bukan lagi satu pilihan.

Tak pernah terlintas difikiran, bahawa adanya sesuatu untuk mengalihkan perasaan seseorang lelaki itu pada perempuan. Ternyata, lelaki dalam babak cinta, ianya lebih sirius daripada seorang sunti yang baru berjinak dengan dunia perasaan. Kerana pada seorang teruna, soal hati itu bukan tentang tampan, ianya tentang beban yang harus dipikul jika benar - benar ingin membela seorang isteri kelak.

Masa tidak mungkin akan berpaling walau sekiranya ia dipanggil, ditarik mahupun diputar. Dusta, itu yang dipenuhi segenap ruang bumi. Manusia berpusu - pusu mendapatkan darjat, dalam perjalanan tersebut, mereka hanya berdusta. Tiada yang jujur. Maksudku, pada abad millenium ini. Ya, abad 21.

Hei, dah 21 tahun bro. Aku berpijak pada bumi Malaysia. Sudah bersepah aku lihat keadaan yang mengjengkelkan. Tapi pada mereka, ia harus. Jika tertinggal satu babak, mereka dianggap gagal. Haha. Bodoh. Termasuk aku sekali, bangang itu melampaui batas. Batas kebangangan individu.

Sehinggalah aku berjumpa dengan seseorang ini, dia yang menjelaskan semua keadaan yang berlaku. Mengapa, kenapa, atas sebab apa. Macam putar belit. Tapi inilah realitinya. Hendak aku catatkan disini ianya terlalu panjang. Berkaitan dengan pengalaman, masa sendiri pun sudah cemburui aku. Apatah lagi ruang menulis yang tak seberapa ini.

Yati, Hana, Milah, Yana, Rita. Semuanya perlukan seorang teman. Teman hati yang sanggup meredah apa sahaja dugaan didunia untuk mendiami istana cinta. Tengok, ayat ini sahaja sudah dipenuhi dengan kata - kata dusta. Mana ada lagi perempuan yang benar - benar mahu cinta. Mereka hanya mahukan keseronokan. yang memuaskan satu daripada sembilan nafsu yang terkandung dalam jiwa mereka. Jadi jika ianya sempurna, mereka menjadi raja, bukan lagi permaisuri. Maksudku, lelaki pasti tewas. Ini pada majoriti.

Kau tahu, empat jam setengah, aku melepak ditebing sebuah sungai. Berdekatan dengan sebuah bukit, yang dahulunya punyai kisah yang menyayat hati. Aku bersama seorang teman yang setia, sahabat yang jarang sekali melakar kesedihan dalam kertas kehidupan aku. Dia sirius. Berbicara tentang ini. Aku sudah banyak kali dikecewakan. Tak seorang pun yang berjaya memahami aku. Aku ini katanya seorang yang psikik. Sukar diramal. Kadang - kadang aku gila. Tapi dia tetap bersama aku. Seadanya aku. Katanya, siuman itu bukan satu pilihan, otak aku sudah banyak dipengaruhi dengan wanita. Aku terlalu lemah untuk melawan aura itu. Sehingga kini, hanya seseorang yang aku rasa berpotensi. Tapi masih dalam dilemma. Aku pula yang rosakkannya. Aku cuma bingung.

"Baik kau jadi aku, hari ini Shima, esok Rina, lusa Tina tulat Lina." Itu ungkapan yang menarik. Oleh kerana ayat itu, kami berdua terdiam. Masing - masing bermain dengan memori. Aku ada kisah aku, dia ada kisah dia. Waktu itu kami seolah - olah berkomunikasi dengan ilusi. Bertemu dalam mimpi. Mencari yang hakiki.

Ya, benar kata kau. Curang pada seorang lelaki, bukan lagi satu pilihan. Ia bagaikan kau, seorang penggemar muzik. Yang bermain dengan irama rock & roll. Ia satu kewajipan. Dari chording A hingga ke G. Semuanya rancak. Major atau Minor, iramanya tetap sama. Rock & Roll. Lelaki dan rock & roll seperti tidak boleh dipisahkan.

Sekarang, apa yang perlu kau lakukan ialah. Pindakan rock & roll itu kepada aspek kecurangan. Macam mana tu? Kau letakkan percintaan itu seperti bermain muzik. Muzik rock & roll. Jika kau suka, kau teruskan. Jika kau benci atau rasa tidak sesuai. Kau curang saja!

No comments:

Post a Comment