Thursday, December 13, 2012

Rumah Tangga

Ini musim kemarau, kemarau yang tidak mengeringkan segenap bumi. Ia cuma kemarau jiwa, hati dan akal fikiran.

Razif tidak sengaja pulang lewat, padanya mencari rezeki untuk keluarga itu satu tanggungjawab. Bilamana namanya itu tanggungjawab serta merta menjadi amanah wajib. Ini perihal agama, tidak boleh dipertikaikan. Ini hanya kali pertama, dari pejabat, kerja makan gaji. Razif perlu siapkan kertas kerja untuk projek yang diserahkan pada saat akhir, kerana rakan sejawatnya itu ada urusan peribadi yang tak dapat dielak. Pengarah syarikat secara spontan memilih Razif untuk mengetuai projek itu selaku pekerja yang paling berpontensi. Ini peluang besar. Turut menjadi kesalahan kepada isterinya, Rina.

Jam 8.30 malam. 13/April/1998

Pintu rumah diketuk berkali - kali. Tapi kali ini tiada salam diberikan. "Siapa tu?" jerit Rina dari dapur. Lantas bunyi ketukan itu berhenti. Keadaan menjadi sunyi serta merta. Bulu roma meremang. Rina tidak menunaikan fardhu maghrib sebentar tadi, ekoran cuti besarnya masih belum habis. Dirinya berhadas. Takut - takut diganggu makhluk halus. Fikirannya bercelaru. Tetapi ada satu sikapnya yang sering dipuji oleh Razif, berani. Ya, Rina memang berani. Dia mengambil kayu hoki yang disimpan suaminya dari zaman persekolahan. Itu kayu juara. Peringkat daerah. Dengan berbekalkan kayu tersebut, Rina berjalan ke pintu utama rumahnya yang diketuk tadi. Membukanya dengan mengejut lalu terus menghayun kayu juara tadi, tepat ke kepala "makhluk halus" tadi. Pelik, makhluk halus mengerang kesakitan. "Rina! ini aku lah! Safwan!". Rina terkejut lalu membawa Safwan masuk kerumahnya. Duduk di sofa empuk milik Razif. Dibelinya di Lorenzo, kerusi orang kaya - kaya untuk isteri tercinta.

Aku tak boleh lama disini Rina, nanti apa pula kata orang. Suara Safwan sirius. Kau tak nak aku demahkan dulu ke benjol tu? Besar jugak tu. Pujuk Rina dalam nada serba salah. "Tak boleh Rina, kau dah bersuami, aku ni pulak kawan baik suami kau. Nanti jadi yang bukan - bukan susah. Aku ni pun Iman tak banyak mana, ada akal fikiran sahaja yang menahan nafsu. Nah, bunga ni Razif kirimkan, dia pesan balik lewat sedikit. 2 3 bulan lagi hidup kau mewah la Rina, dia mungkin dinaikkan pangkat." jawab Safwan sambil bangun dan beredar.

Rina bingung, berdiri hampir seminit di muka pintu rumahnya. Melihat kelibat Safwan beredar. Riak mukanya risau, kalau boleh dia tidak mahu Razif dinaikkan pangkat. Kerana dulu pernah Razif suarakan isi hatinya. Dia akan jadi lupa diri dek kerana wang yang banyak, lupa tuhan lupa segalanya. Wang itu seperti satu hasutan. Hasutan syaitan. Razif itu fizikalnya kuat, tapi mentalnya lemah. sangat lemah.

***********************************************************

1 comment: