Sunday, December 28, 2014

Lelaki, Curang dan Rock & Roll - Akhir

Untuk terakhir kali, Jelita, sapukan air dimata mu.

Bertahun aku mencari kau, kini kau kembali. Sewaktu aku sudah tak mahu. Sewaktu aku sudah tak peduli. Sewaktu aku menguderaikan ceritera. Maka kau, kembali.

-------------------------------------------------------------------

Kau ingat, kan? Tanya Zara setelah selesai menjamah makan malam pertama kami bersama. Ditemani cahaya malap, lilin yang menemani kami bersama beberapa pilihan lauk masakan kampung. Air tangan Zara.
Ingat apa? Rasa ni? Masak lemak cili api ni? hehehe. Ya, aku ingat. Kau cinta aku pertama. Ni, masak lemak ni, dapat aku rasa lembut kasih didalamnya. Apa kau pakai guna - guna ya? Hehe.
Lalu aku tenung matanya erat, renungan yang seumpama genggaman tangan yang kuat. Hanya lirik bisu yang menerangkan betapa aku cintakan kau Zara. Melalui pandangan mata ini, mengharap kau balas dengan senyuman. Yang selalu melemaskan aku dalam khayalan rindu, setelah kau mendakap aku dalam setiap senyum mu. Zara.

-------------------------------------------------------------------

Itu kali pertama dan terakhir kami berasmara. Hanya dengan hidangan makan malam ringkas dan ditemani sebatang lilin wangi. Walaupun tak banyak untuk diceritakan, namun detik itu, detik yang paling bermakna dalam hidup aku. Pelengkap sebuah kotak memori. Yang aku takkan padam buat selama hidupku. Zara.
Sekurang - kurangnya aku berjaya membantumu dalam usaha mencari hidayah. Cintamu pada aku kerana cinta mu pada Tuhan mu. Aku bersyukur.

Selesai sujud terakhir, doa ini aku panjatkan untuk mu, Zara. Harap kau tenang menghadap Tuhan mu. Cinta yang tak pernah putus. 

Aku dan Zara, 28 - 12 - 2014.

Terima Kasih.

Monday, December 15, 2014

Lelaki, Curang dan Rock & Roll - 9

Jiwa, bebaskanlah segala duka lara yang memendam dalam karung rasa mu. Adanya ia seringkali membunuhmu dari dalam. Nafasmu kau biarkan sahaja, menghembus tepat kemuka. Biar memori pahit itu berhentak lalu berderai.

Ruang jajahan, paksi tersebut telah terpinda. Kerana sesuatu yang tak mampu lagi aku elak mahupun menghalanginya. Benar, sakit ini sukar untuk aku lupa. Tapi perit ini juga yang mengajar aku erti kekuatan. Sabar, itu dikatakan iman.

Bak jejari yang memainkan irama cinta pada tali gitar, merdunya menusuk ke dalam telinga. Susuk tubuh yang menggiurkan, setiap kali aku kesunyian kau setia meneman. Cinta, walaupun pada kau sebuah gitar kaku, aku yang menambah rasa sekiranya kau tetap bisu.

Ini kali terakhir, kalau yang ini tak menjadi aku sendiri berlalu pergi. Aku janji, kau ngerti? Sepertimana aku lakukan sedikit demi sedikit, aku tahu ia belum mencukupi untuk mebuat kau fahami. Cuma tinggal sedikit masa sahaja lagi, antara gagal dan berjaya, antara duka dan gembira. Jika kau izinkan, aku mahu pilih kedua - duanya sekali. Sekiranya aku gagal aku masih dapat mendapat bahagia, dengan kau Karina. Please?

Dia tenung mataku dalam - dalam. Karina memang bengis orangnya, tetapi pada sesuatu masa, dia manja. Riak mukanya celaru, samada mahu terus marah atau bersedih. Maaf, aku tak rasa kita aku boleh terus percayakan kau. Jawabnya dengan nada esak. Tangis disimpan untuk teriak di rumah kelak. Sekarang harus kawal emosi, mesti kuat. Untuk menjatuhkan aku seorang lelaki, bukan mudah. Tapi Karina nampak terus bertahan.

Please, will you just give me a little time? I will double the effort, will make u even happier than before.
Aku tak pernah bahagia, jawabnya lagi. Kali ini Karina nampak benar - benar sedih. Dia bangun dan berlalu pergi. Aku lemah, kejantanan aku harus aku rendahkan supaya aku terus menghormati gadis jelita ini. Yang masih menduduki takhta dalam hati aku sehingga kini. Dia, masih pilihan hati.

--------------------------------------------------------------------------------

Itu cerita 8 tahun lalu, masa aku bingung dan masih mangkuk. Kejar cinta hingga tinggal cita - cita. Mak bapak kat kampung aku letak tepi, kejar cinta lagi penting. Muda, itu sahaja yang aku mampu kata. Kata orang, lelaki lambat dikit untuk mencapai klimaks kematangan minda berbanding perempuan. Tapi ada kalanya aku lihat sebaliknya. Kata orang, kata - kata dari orang jangan dipercaya bulat - bulat. Kata orang lagi, kata - kata dari orang harus disimpan, jangan dibiar tersebar. Kelak benar atau tidaknya kita yang harus tanggung. Kata orang, aku tak boleh jadi hero. Kata orang, aku bukan pilihan yang terbaik untuk mereka berkawan. Itu semua kata orang, yang kau percaya bulat - bulat dan kau menuding jari terus tepat mengena batang hidung aku disini, apa kau fikir aku terus tunduk dan mengiyakan sahaja? Kata orang, aku ini berbahaya. Kata orang, langsung tak boleh dipercaya.

Masih lagi dibangku taman, tempat aku berhabis masa dengan Karina. Kenangan takkan pernah luput, walaupun kita usaha hingga bergelut. Masih melintas halaman fikiran, aku terus terduduk. Memori ini yang paling perit untuk aku lupakan. Tapi aku harus terus berusaha, membuang dia dalam khayalan. Untuk cinta baru yang bakal menjelma. Harap ianya tidak tertunda.

Tuesday, September 30, 2014

Lelaki, Curang dan Rock & Roll - 8

Bintang malam, terasa langkahku semakin kecil bila kudongakkan kepalaku ini. Melihat bintik-bintik putih disebalik tirai langit malam ciptaan-Mu, Tuhan.

Cuma, jangan salah sangka. Jodoh itu memang aturan Tuhan. Sedangkan kau disini, duduk akur dengan keputusan orang tuamu. Tapi dalam hati masih memberontak, ini salah Azie. Kurang-kurang kau patut bersuara! Untuk orang tua kau memahami hati kau yang sedang memberontak.

Itu kata-kata terakhir aku kepada Azie 3 tahun lalu. Sewaktu Azie pulang dari majlis konvokesyen, graduasi para pelajar cemerlang. Sememangnya dia ini gadis yang mematuhi ajaran ibu bapa lagi-lagi hal-hal berkaitan dengan agama. Bagi aku, dia ini seorang yang redha. Baik lagi ayu orangnya. Meskipun bertudung labuh menutupi aurat bahagian dada, masih kelihatan seri dan jauh lebih cantik dari gadis-gadis jelita berpakaian seksi diluar sana. Malah dia antara individu yang disenangi orang ramai. Termasuklah aku.

'And here we go again Kuala Lumpur.' Kotaraya yang tak pernah sunyi, siang malam tak lekang dek bunyi. Huuuhhhhhhh, aku melepaskan nafas lega sejurus sahaja kerja aku siap. Mata aku dah naik jemu melihat skrin komputer. Letih menaip. Kalau nak dibandingkan jari-jemari aku dengan otot lengan, aku rasa jari ini lebih padu kekuatannya. Ah, biasa. Sepatah dua kata ayat untuk memuaskan hasil kerja sendiri selepas selesai tugasan harian. Bukan aku seorang saja yang buat macam ni. Ali, siap berdiri atas kerusi terkinja-kinja tak sabar nak pulang. Maklumlah orang berbini. Dah berapa bulan aku kerja disini. Sejak hari pertama aku bekerja sebagai mat despatch, hari ini aku dah bergelar kerani. Aku sedikit disenangi bos dari kalangan pekerjanya. Bezanya, aku cuma perlu tambah sedikit rajin dan elak terlalu mengampu bos. Setel! Seharusnya memang kena macam tu, kerja kena ikhlas baru dapat berkat. Sekarang dah boleh pulang.

Jam menunjukkan tepat pukul 5.30 petang. Memang dari pagi tadi aku niat menaiki tren ke tempat kerja. Dari pagi langit mendung tak seperti biasa, khuatir aku jika hujan waktu petang nanti susah hendak pulang. Dan memang sangkaan aku tepat! Hujan sangat lebat, ramai penunggang motosikal terpaksa berhenti dibawah jejambat untuk berlindung dari hujan. Waktu begini jika aku dapat menghirup segelas kopi dan bertemankan senaskah surat khabar, memang nikmatnya itu Tuhan saja yang tahu. Lagipun, untuk bersesak pulang dalam tren bukanlah pilihan yang baik. Aku masih ada masa untuk menikmati minum petang dan pulang sedikit lewat. Daripada aku perlu hadap sesak manusia didalam tren malah distesen menunggu, lebih baik aku mengenakan secawan kopi. Dalam keadaan separa stress ini, aku memutuskan untuk berjumpa Azie di restoran tempat dia bekerja. Hanya beberapa minit masa berjalan kaki dari pejabat aku bekerja melalui laluan pejalan kaki berbumbung terus ke kompleks membeli-belah dan terus ke aras dua. "Secret Resipe", kataku dalam hati.

-------------------------------------------------------------------

Mana senyuman kau Azie? Aku ni kan pelanggan. Ish, patut la kerja disini walaupun ada ijazah. Budak cemerlang bermasalah. "Aku kena paksa nikah." Itu jawapan yang keluar dari mulutnya selepas aku berleter. Kesian. Jawabku ringkas. Budaknya baik, tapi atas masalah keluarga yang dihadapinya, Azie semakin hari semakin murung. "Tak sampai hati", bisikku dalam hati. Macam ni, kau pergi belakang ambilkan aku secawan kopi. Cafe latte please. Dia terus ke bahagian bar dan bawakan aku secawan cafe latte selepas lebih kurang 2 minit disana. Tanpa berlengah aku hirup buih dibahagian atas minuman tersebut. Sedap, segar. Aku mempelawa Azie untuk duduk walaupun aku tahu prosedur kerja di restoran ini tidak boleh duduk dan hanya dibenarkan jika dipelawa oleh pelanggan pada sesetengah tempat.

Jom ikut aku nak? Tanyaku selamba.
Pergi mana?
Siam, barangkali.

Matanya merenung tepat anak mata aku. Aku tahu dia sedang memikirkan sesuatu.

Nikah? Azie bertanya dalam nada yang berbeza.
Kalau kau mahu, aku iyakan saja.
Baik aku setuju, aku percayakan kau. Lebih baik aku jadi isteri kau daripada aku kena paksa nikah dengan orang yang memang aku tak suka. Dia jahat aku kenal, kau nakal. Jawab Azie.

Aku bingung mendengar jawapannya. Gadis cemerlang berubah menjadi kurang akal selepas menghadapi masalah yang sering memaksanya berfikir lebih dari kemampuan. Aku nakal? lebih dari itu Azie. Kau setahun jagung, apa kau tahu. Beza kita hampir 10 tahun. Aku ni dah anggap kau seperti adik aku. Lagipun kau masih ada masa untuk ubah masa depan kau. Nun jauh disana, masih cerah untukmu Azie. Aku hanya diam dan berbicara dalam hati. Aku takut dia terasa hati.

Kau percaya Tuhan masih ada? tanyaku lagi.
Mestilah!
Habis, kau rasa ikut aku lari dan nikah di Siam dapat selesaikan masalah kau? Bagaimana dengan masalah aku pula untuk sara kau sepanjang hidup? Ada kau fikir? Azie, dengar sini. Kau dah banyak berubah. Dari segi fizikal mahupun mental. Aku selalu disini, aku tahu kerana aku sering memerhati. Cuma menolak untuk membantu, aku bimbang dituduh masuk campur. Tapi sekarang makin sirius. Dengar sini Azie! Dengar dan fokus! dan jangan menangis! Kau tahu Tuhan itu sentiasa ada, ini ujian kau dengan Dia. Setulus mana cinta kau pada Dia, sekarang kau buktikan! Kau tahu kau harus taat pada ibu bapa. Apa kejahatan yang dilakukan bakal suami kau? Main perempuan? Itu kau kata jahat? Sebenarnya kau cemburu, kau hanya takut dia akan menduakan kau satu hari nanti. Dia punya hak sebagai seorang suami dan dia juga punya tanggungjawab untuk menjaga kau. Paling tidak, mesti dia sanggup berubah demi menjaga maruah keluarga kau dan keluarga dia. Fikir, takkanlah orang tua kau sengaja nak seksa anak mereka sendiri? Semestinya mereka inginkan kebahagiaan untuk anak mereka. Sekurang-kurangnya seseorang yang bertanggungjawab untuk menjaga kau Azie. Yang memberikan kau alasan sekarang cuma perasaan cemburu kau sahaja Azie. Cemburu! Itu yang kau harus ketepikan. Buang perasaan itu dan kau jumpa jalannya. Percaya kataku Azie. Aku lelaki.

Matanya bertakung. Entah apa yang difikirnya. Aku menasihati dengan nada marah. Aku sayangkan dia sebagai seorang adik. Aku tak mahu masa depannya dirobek perasaan marah dan jiwa memberontak yang sering sahaja kononnya mahu bebas. Tahi. Apa aku ada sekarang hasil dari jiwa rebel yang aku agungkan dari dulu? Kalau seluk poket belum tentu ada wang lebih untuk dibelanjakan. Bila aku lihat keadaannya, sebiji seperti yang berlaku pada aku dulu. Bezanya aku lelaki. Dan sekarang masih sempat untuk mengubah kekecewaan yang bakal menimpa dia kelak.

Benar. Jawabnya. Nadanya biasa meskipun matanya bertakung. Kuat peribadinya. Aku kagum. Kau balik nanti, lewat malam bangun lah buat solat sunat. Semuanya sekali. Esok pagi selepas solat subuh, kau telefon orang tua kau. Minta ampun dan minta berkat. Setuju sahaja percaturan mereka. Aku yakin kau akan ketemu bahagia. Aku mahu pulang, air ni kau bayarkan. Anggap sahaja bayaran khidmat nasihat dari penasihat tak bertauliah. Terus senyuman terukir dibibirnya. Manis, seperti kali pertama aku jumpanya dahulu. Dari jauh, senyumannya masih tak lekang sambil melambai tangan. Sehinggalah aku beralih arah disebalik tembok yang memisahkan pandangan kami berdua.

Tuesday, June 10, 2014

Lelaki, Curang dan Rock & Roll - 7

Pakai kasut, tengok depan dan jalan. "Move on" kata mereka. Bagi aku, itu "bullshit".

Sejak sahaja apa yang aku rasa semenjak dari kesakitan awal yang mula merebak keseluruh nadi jiwa raga. Sakit ini sudah lama aku lalui, aku pendam tidak dijadikan dendam. Aku cuma menunggu satu masa dimana mereka semua sudah puas berfoya dengan kehidupan dan kegembiraan sementara yang dilaungkan yang dipaparkan pada segenap inci waktu berlalu, saat mereka sudah puas dan ingin kembali, saat itu aku tetap menanti dan memerhati.

"Sedangkan kifarah itu tanda Tuhan sayangkan hamba-Nya, mencuci dosa - dosa kecil yang menggunung dalam hati." Kau nak percayakan karma? Ikut suka.

Belum tentu diantara mereka yang akan kembali dan melutut memohon maaf, jadi tiada guna aku maafkan mereka. Jerit Lydia sekuat - kuatnya, dihadapan cermin yang memantulkan wajah kami berdua. Dahi aku berkerut, lalu aku bertanya. "Apa kau tujukan pada aku juga?" Ya, jawabnya ringkas. Jadi kau jeritla sekali lagi, tanda aku terima dan setuju dengan luahan yang didorong amarah kau tersebut. Terus Lydia memandang tepat ke mata aku melalui pantulan cermin, dengan riak muka yang berang. Aku tenang dan menghembus nafas perlahan.

Lydia, kau perlu ingat. Apa sahaja yang kita lakukan, baik atau buruk, pasti ada balasannya. Berganda atau tidak, itu terpulang pada Tuhan. Kuasa-Nya tanpa batas, sedangkan suara yang kau laungkan tadi jika tidak diizin-Nya, maka kau bisu! Dahi Lydia terus berkerut. "Apa kau marah aku juga?" Tidak, jawabku ringkas. Yang sebenarnya aku tidak suka kau marah. Lagi aku benci bila kau cepat menuding jari, macamlah kau tak pernah buat silap. Dan Lydia, seboleh - bolehnya kau perlu ubah rasa dan persepsi kau tentang "silap". Manusia melakukan kesilapan, kecil atau besar. Ia bertujuan pada kita sendiri untuk belajar dan mendapat pengajaran dari kesilapan tersebut. Bukannya untuk dipijak sampai seseorang itu rasa hina. Begitu juga dengan kita Lydia! Lydia tunduk sayu, air matanya mengalir deras. Aku faham perasaan Lydia, lagi - lagi dia seorang perempuan yang lurus. Sering sahaja ditipu oleh teman - teman, apatah lagi diambil kesempatan. Aku bersimpati terhadapnya. Aku tahu, perit rasanya apabila dikhianati keikhlasan yang kita taburkan untuk memberi kebahagiaan pada orang lain, sedangkan kita masih di takuk yang lama dan masih bersendirian menanggung derita. Perit.

Maafkan aku Lydia, aku cuma sampaikan apa yang aku rasa. Aku sudah pendam rasa ini sejak aku kecil lagi. Ada sesuatu yang masih belum aku rasa puas. Tapi aku tetap tunggu saat untuk mengecapi ketenangan, walaupun saat itu adalah pada akhir nafasku nanti.

Apa yang kau tunggu? Tanya nya bingung. "Maaf" jawabku ringkas.

Thursday, April 17, 2014

Lelaki, Curang dan Rock & Roll - 6

Petikan dari langit, petala satu. Ciptaan maha Esa. Yang maha indah, dari segala keindahan yang ada. Jelas dalam terusan imajinasi, tanpa ada rasa jemu kusyuk mengadapMu.

Her speech is the softest i've ever heard. That's why aku decide untuk tinggal Elia. Jawab Zara ringkas, tentang aku bertanyakan sebab dia tak mahu lagi menjadi lesbian secara terang - terangan. Wataknya sekarang ayu, memakai tudung meliputi seluruh bahagian dada. Muslimah.

Siapa namanya? Tanya aku kepada Zara. "Hidayah", jawabnya. Aku terkejut, pada fikiran aku sudah sangkakan Zara sudah berserah pada takdir yang mananya perempuan memang sudah ditakdirkan untuk lelaki. Tak sangka, dia masih lagi seorang lesbian tetapi dengan seorang lesbian muslimah. Ketapiran apakah ini. "Bertudung labuh, pakai jubah?" Tanyaku dengan nada terkejut. "Tak, u can't see her. Neither me." Dia datang dalam mimpi. Tambahnya lagi menjawab pertanyaanku sirius.

Dengan senyuman, Zara habiskan minumannya. Sedangkan aku, masih tertanya - tanya. Apakah yang cuba disampaikan Zara. Aku kenal dia, ditempat yang sama aku sedang menikmati minum petang sekarang. Dulu dia tinggalkan sapu tangan bertulis nama atas meja setelah dia dan rakan karibku selesai minum. Waktu tu mati - mati aku ingat Zara ni skandal temanku tersebut. Setelah sebulan berkenalan baru aku tahu yang Zara ni lesbian. Bercinta dengan seorang model peragaan, seorang perempuan bernama Elia Natasha. Terus waktu itu, aku jadi bertambah 'frust'. Bukan senang nak jumpa orang yang kita terpancar rasa nak kenal dengan ikhlas. Zara ni, perfect orangnya. Tinggi lampai, ada sepasang lesung pipit. Senyumnya mashaAllah, manis! Terus aku ajukan soalan terakhir pada Zara, setelah melihat dia habiskan minuman memberi isyarat bahawa dia berhajat untuk pulang. "Anyway, who is She?" Zara senyum, lantas mengeluarkan sapu tangan dan sebatang pen marker. Menulis diatas sapu tangan tersebut dan tinggal diatas meja seperti biasa. Masuk ini, sudah ada tujuh helai sapu tangan bertulis tangan dari Zara. Aku kumpul semua dan gantung pada papan kenyataan di rumahku setiap satunya. Seperti sudah menjadi satu adat pada Zara dan aku, mengakhiri pertemuan dengan menulis jawapan untuk soalan terakhir di atas sapu tangan. Katanya dahulu setiap kali ingin berjumpa aku, dia singgah di mana - mana untuk membeli sapu tangan. Jadi dia boleh kekalkan ritual bertulis ini pada setiap minit akhir pertemuan kami.

Zara memberi salam dengan senyuman paling manis, meninggalkan sapu tangan tersebut diatas meja dan berlalu pergi. Aku selak sapu tangan tersebut untuk membaca jawapan Zara untuk pertanyaan terakhir aku tadi.


"I found you, Ya Rabbi."

Zara Jessica. =)

Monday, March 24, 2014

Seperti Semalam

Seperti semalam, waktu aku bahagia. Saat ada segalanya, hidup tanpa hiba.
Seperti semalam, waktu aku menutup mata. Saat aku pendam duka, cela seluruh jiwa.
Seperti semalam, waktu terdetik rasa.
Seperti semalam.

Adanya pada celah - celah belukar, aku jumpa setia. Gambarannya tiada, tapi nafasnya ada.
Adanya di seluruh dunia, aku jumpa cita - cita. Mencapainya tidak, tapi seakan - akan berjaya.

Cuma rasa, yang sering sahaja menyiksa. Antara iya dan tidak. Antara terima atau tolak.

Saat ini, aku teruja. Mengenalimu dengan lebih rasa. Hingga waktu senja.

Sunday, March 23, 2014

Lelaki, Curang dan Rock & Roll - 5


Dari nadi yang berkata, kekuatan bukanlah dari paras fizikal. Ia adalah sumber dari kekuatan mental, yang tak henti - henti berusaha, yang tak kenal erti mati.

"Tari kata yang mengamit segala memori, berpusing dalam kotak hati. Menyakitkan, setiap saraf yang bertelagah antara sesama. Yang menidakkan dan yang mengakui bahawasanya jiwa ini berhak untuk merasa keduanya."

So i guess you have gone through a lot of things that hurt your heart and feels. With your words that flew away with those smooth air, under a big tree. Kata seorang gadis yang merenung aku sejak dari awal persembahan aku tadi. Sapaan spontan sewaktu aku berlalu keluar dari belakang tabir. Aku senyum dan berlalu pergi.

"Jadi, that moment you betul - betul tak rasa nak bersua dengan sesiapa? I mean, I memang dekat situ tegur you kan? Just that smile and you gone." Kata Cik Ai. Cik Ai bukanlah nama sebenar gadis ini, aku yang menamakan dia Cik Ai kerana "Ai" aku sebut dari perkataan eye yang beerti mata. Ya, sewaktu kali pertama aku memandang Cik Ai, dari belakang tabir sewaktu hari persembahan aku dahulu. Mata, menjadi subjek penting untuk aku terus kekalkan perkenalan ini.

Hey, those eyes are beautiful. Kata ku dalam nada lembut. Pertuturan aku harus dijaga, gadis jelita yang mempunyai sepasang mata yang menggoda ini bukan biasa - biasa. Cik Ai mempunyai kerjaya yang tinggi. Aku? Hanya seorang lelaki yang suka berfoya - foya. Untuk kali ini, barangkali aku sudah terjatuh. Terjatuh dari takhta takha hati para gadis yang telah aku tinggalkan. Untuk kali ini, peratusan untuk aku tewas tinggi. Aku harus berhati - hati.

Can we have a picture together? Untuk tanda perkenalan kita. Tanya aku pada Cik Ai. Okey, jawabnya ceria. Waktu ini, aku ambil sedikit kesempatan untuk berada rapat dengannya, cukup sekadar berlaga bahu. Kami berada di kawasan parkir kereta, bersebelahan dengan keretanya. Aku jelas terperangkap dalam situasi berbahaya ini, situasi yang akan meruntuhkan ego seseorang lelaki. Matanya sekali lagi aku tenung. Gambar yang ditangkap terpampang jelas aku sedang merenung tepat kematanya. Cik Ai sengaja tidak menegur sedangkan dia nampak aku sedang merenung tepat ke matanya sewaktu dia hendak menekan punat di telefon pintar jenis samsung galaxy yang mempunyai kamera di sebelah hadapan. Jadi dia boleh melihat keadaan semasa hendak mengambil gambar. "Nakal" kataku dalam hati. Aku minta untuk mengambil semula gambar yang baru, tapi Cik Ai menolak permintaan aku manja. Katanya gambar ini menunjukkan yang aku tertarik dengannya. Cis!

This will be the proof that you always stare at me. And thanks for saying me beautiful. Cik Ai berkata ringkas sambil bergerak masuk kedalam keretanya. Goodbye! Tingkap keretanya ditutup rapat lalu memecut pergi. Sedangkan aku, yang masih tercegat berdiri. "I just said that only your eyes beautiful, not you." Kataku dalam hati. Aku berlari anak, kononnya mengejar kereta Cik Ai. Menjerit sepenuh hati, I HOPE YOU ARE THE ONE!!!!!!!

Suasana sunyi, sambil kedengaran lagu 'Dia, dia, dia nyanyian Fatin Shidqia Lubis.'

Saturday, March 15, 2014

Lelaki, Curang dan Rock & Roll - 4

Seringkali wajah kamu hadir didalam setiap tidurku, menyinari setiap inci ruang kegelapan yang takdirnya memisahkan kita.

"hey, esok kamu perlu bekerja kan? dah lewat malam. Rasanya perkara yang paling baik adalah tidur." Aku berkata pada Lola. "Tapi, kita tak pernah dapat berbual lama. Kalau waktu siang, saya bekerja dari pagi sampai malam. At least, I want a quality talk between us. Even when i'm off duty, I have to spend my hours at home with family." Jawabnya dengan nada yang memberontak. Suaranya kecil, manja. tapi nadanya itu aku tahu dia tidak berasa selesa dengan kehidupannya sekarang. "Itu yang terbaik." jawabku ringkas lalu memutuskan talian telefon kami berdua. Itulah kali terakhir aku berbicara dengan Lola setelah aku merancang untuk menghilangkan diri.

Sejak kali pertama aku terjumpa dengan Lola, aku tidak berniat untuk berpacaran sehingga ke hari ini. Kerana bagiku, perempuan seperti Lola ini ada perjalanan hidup sendiri. Hidup yang hanya memikirkan untuk protes dan memberontak. Golongan seperti dia ini adalah yang mendapat kurang perhatian dari keluarga. Aku tahu, kerana aku pun begitu. Mereka lebih rapat dengan kawan - kawan bilamana ada sesuatu yang berlaku harus dihubungi rakan terlebih dahulu. Jadi aku tolak untuk berpacaran kerana aku tidak mahu menjadi salah seorang penyebab pemberontakan Lola menjadi lebih menjadi - jadi. Aku putuskan untuk undur diri.

Jodoh itu pada tangan Ilahi, bercinta macam mana sekalipun jika tiada jodoh takkan menjadi. Usia makin meningkat. Apa yang ada pada aku? Tiada apa yang istimewa melainkan untuk berkata romantis pada para gadis. Sengsara, itu yang akan mereka rasa.

"If i'm not mistaken, i'm sure it's you." Satu suara yang aku kenal, menyapa aku dari belakang. Jarang ada orang yang tahu tempat aku beristirehat, menenangkan fikiran, hilangkan stress kehidupan. Pinggir laut di suatu tempat yang sangat istimewa buatku. Aku masih enggan menoleh kebelakang, untuk melihat secara terus siapakah gerangan yang menyapa aku di tempat "persembunyian" aku disini. Barangkali Anita sudah pulang dari Eropah dan mencari aku disini. Kerana disinilah tempat aku mula berkenalan dan aku hilang teruna. Anita tua 10 tahun dari aku. Anak dara tua yang sangat "high taste". Katanya dahulu jika tak dapat bersama aku dia mahukan seorang lelaki Eropah sebagai suami. Memang kena dengan cirinya seorang perempuan yang sangat matang dalam pelbagai perkara. Daripada berbicara hingga perbuatan serta pemikiran. Tinggi lampai dan potongan badan lentik. Aku yakin jejaka Eropah pun boleh jatuh hati dengannya.


"Really? setelah 4 tahun awak hilang dari perbualan telefon yang terakhir, yang meninggalkan saya dalam keadaan bermimpi. Setiap hari. Setelah 4 tahun, awak masih mahu lari dari saya? At least, palinglah muka. Dan lihatlah siapa dibelakang ini." Ya, maafkan aku Lola. Aku bukan lari, cuma aku tahu bukan aku yang sepatutnya kamu cari. Bisik aku didalam hati. Lalu aku terus berdiri dan memandang mukanya sepuas hati. Rindu, 4 tahun terpisah. Entah apa terjadi padanya dalam jangka tersebut. Sedangkan aku masih terkapai - kapai mencari realiti kehidupan. Antara imaginasi dan angan. Antara pergerakan dan perbuatan. Aku hanya duduk di perantaraan. Masih begitu, sejak dahulu.

Aku tenung matanya, penuh suram. Adakah kerana aku pergi dahulu, telah menyebabkan hidupnya begini. Aku tahu walaupun berkali - kali aku nyatakan sebab aku pergi, kau tetap takkan peduli. Aku hanya punya satu sebab, bukan aku tak peduli. Maafkan aku Lola. Aku, buntu.

Satu senyuman terukir dibibir Lola. "Its like a healing theraphy, looking at your serious face and your caringness even just a look of your eyes. Fresh, i feel so fresh." Aku usap pipinya, lembut. Sama seperti dahulu. Orangnya yang sedikit berisi, dan tidak berapa tinggi. Comel. Aku renung mantanya lagi, dan kali ini matanya bertakung. Aku tanya, "what's wrong?". "i'm going to marry someone once broke my heart, by force." Jelas sekali, dari sejak mula ini yang difikirkan Lola. Sekali lagi maafkan aku Lola. Aku, buntu.

Tanpa banyak berkata, Lola memberi aku sebuah sampul. Isinya berat dan nipis. Gambar - gambar hidupnya sepanjang aku hilang dari pandangan, dari fikiran. Tetapi aku kekal di ingatannya. Lola berlalu pergi, sambil mengesat air mata yang mengalir deras di pipi. Aku hanya berdiri kaku, melihat dia pergi.

Tuesday, January 28, 2014

Jajah

Kerana ada yang bersuara, disana. Menanti adanya perkara yang lebih enak didengar. Selalunya dalam kamar ini hanya bunyi bisikan. Kali ini riuh - rendahnya terlalu ceria. Maka disebutnya oleh Tuan William, kawasan ini diserahkan sepenuhnya kepada pekerja yang tumpahnya darah dibumi sekitar kawasan tersebut.

Bumiputra? Pribumi? Bullshit. Bagi aku, tanah ini empunya pencipta.

Dari dahulu sehingga kini, kisah perperangan tidak pernah berakhir. Kerana manusia dicipta dengan dorongan nafsu. Rasa ingin menakhluk segenap pelosok bumi ini sedangkan kita sendiri dicipta. Mana mungkin?

Jadi benar, manusia ini kekal alpa. Dibahagikan pula dengan berbilang bangsa. Secara terperinci lagi lebih menyakitkan apabila terdampar dalam beberapa golongan. Sedih, pencipta mencipta dengan segala Zat yang Maha kuasa. Kita yang kerdil pula mengecilkan ciptaan yang Maha indah ini. Letih jika berbicara dengan perkara yang tiada kesudahan.

Tujuan aku sebenarnya hanya ingin menceritakan tentang "jajah". Pengertian secara zahirnya, penjajah, tanah jajahan, jajahan peperangan dan sebagainya. Sekarang aku bangkitkan satu, dan kalian fikirkan selebihnya.
"Inggeris menjajah kita dari tanah hingga ke pemikiran"