Ini musim kemarau, kemarau yang tidak mengeringkan segenap bumi. Ia cuma kemarau jiwa, hati dan akal fikiran.
Razif tidak sengaja pulang lewat, padanya mencari rezeki untuk keluarga itu satu tanggungjawab. Bilamana namanya itu tanggungjawab serta merta menjadi amanah wajib. Ini perihal agama, tidak boleh dipertikaikan. Ini hanya kali pertama, dari pejabat, kerja makan gaji. Razif perlu siapkan kertas kerja untuk projek yang diserahkan pada saat akhir, kerana rakan sejawatnya itu ada urusan peribadi yang tak dapat dielak. Pengarah syarikat secara spontan memilih Razif untuk mengetuai projek itu selaku pekerja yang paling berpontensi. Ini peluang besar. Turut menjadi kesalahan kepada isterinya, Rina.
Jam 8.30 malam. 13/April/1998
Pintu rumah diketuk berkali - kali. Tapi kali ini tiada salam diberikan. "Siapa tu?" jerit Rina dari dapur. Lantas bunyi ketukan itu berhenti. Keadaan menjadi sunyi serta merta. Bulu roma meremang. Rina tidak menunaikan fardhu maghrib sebentar tadi, ekoran cuti besarnya masih belum habis. Dirinya berhadas. Takut - takut diganggu makhluk halus. Fikirannya bercelaru. Tetapi ada satu sikapnya yang sering dipuji oleh Razif, berani. Ya, Rina memang berani. Dia mengambil kayu hoki yang disimpan suaminya dari zaman persekolahan. Itu kayu juara. Peringkat daerah. Dengan berbekalkan kayu tersebut, Rina berjalan ke pintu utama rumahnya yang diketuk tadi. Membukanya dengan mengejut lalu terus menghayun kayu juara tadi, tepat ke kepala "makhluk halus" tadi. Pelik, makhluk halus mengerang kesakitan. "Rina! ini aku lah! Safwan!". Rina terkejut lalu membawa Safwan masuk kerumahnya. Duduk di sofa empuk milik Razif. Dibelinya di Lorenzo, kerusi orang kaya - kaya untuk isteri tercinta.
Aku tak boleh lama disini Rina, nanti apa pula kata orang. Suara Safwan sirius. Kau tak nak aku demahkan dulu ke benjol tu? Besar jugak tu. Pujuk Rina dalam nada serba salah. "Tak boleh Rina, kau dah bersuami, aku ni pulak kawan baik suami kau. Nanti jadi yang bukan - bukan susah. Aku ni pun Iman tak banyak mana, ada akal fikiran sahaja yang menahan nafsu. Nah, bunga ni Razif kirimkan, dia pesan balik lewat sedikit. 2 3 bulan lagi hidup kau mewah la Rina, dia mungkin dinaikkan pangkat." jawab Safwan sambil bangun dan beredar.
Rina bingung, berdiri hampir seminit di muka pintu rumahnya. Melihat kelibat Safwan beredar. Riak mukanya risau, kalau boleh dia tidak mahu Razif dinaikkan pangkat. Kerana dulu pernah Razif suarakan isi hatinya. Dia akan jadi lupa diri dek kerana wang yang banyak, lupa tuhan lupa segalanya. Wang itu seperti satu hasutan. Hasutan syaitan. Razif itu fizikalnya kuat, tapi mentalnya lemah. sangat lemah.
***********************************************************
Thursday, December 13, 2012
Friday, June 8, 2012
Ulang - tahun
Telah terjadual, anak sulung kakak yang akan melihat dunia pada tarikh sama. 9 haribulan 6. Buntu aku tak habis - habis.
Yang aku harapkan, pada tarikh tersebut, aku berada di Kuala Lumpur. Membawa bersama simpanan yang aku kumpul sikit - sikit. Sanggup tak makan. Cis, takdir kau mainkan aku ya? Kau sudah tahu tarikh tersebut adalah ulang tahun yang perlu aku raikan untuk tunjukkan rasa sayang aku. Tapi kau sengaja pertemukan tarikh tersebut dengan menjadualkan kelahiran anak saudara aku yang pertama. Kedua - duanya penting bagi aku. Kakak yang paling rapat dengan aku dalam keluarga, sudah tentu anak sulongnya itu akan aku sambung azan ditelinga selepas abang ipar aku. Mahu sahaja aku biar dia kenali suara aku kerana kelak aku akan berada di bandar semasa pembesaran anak itu. Takut - takut dia tak mengenali rupa aku, boleh aku terjah dengan suara aku pada hari kelahirannya nanti.
Ahh, makin bingit minda aku dengan kehadiran tarikh ini. Boleh aku jual kepada kalian? Siapa - siapa yang berminat mahu memberi tarikh ini. Aku jual secara percuma, dengan adanya sesuatu untuk ditukar. Tidur sepanjang hari mungkin?
Buat adinda di bandar. Maafkan aku kerana aku mengutamakan keluarga. Kelak kau menjadi isteri aku, kau akan rasa nikmat kekeluargaan yang aku adaptasi dari sebuah penulisan ringkas. Yang juga ditulis oleh aku sendiri. Barangkali aku syok sendiri kot? Haha.
Untukmu, malam ini akan aku bentang segulung tikar yang dah usang di sebuah padang. Di atas permukaan yang tak rata. Baring melihat awan, bintang dan langit. Menyusun titik - titik di angkasa membentuk rupamu. Biar dunia lihat, pada malam ulang tahun kita, aku paparkan cinta agungku. Bukan dengan wang tunai yang ada nilai semasa ke semasa tetapi dengan khayalan yang tak punya hak untuk dibida. Biar malam ini menjadi lagenda, atau mitos barangkali, untuk anak cucu cicit kita. Semua harta yang kita miliki, kertas - kertas puisi yang aku tulis dan lakaran dari jiwa yang aku lukis. Aku selerakkan di atas tikar ini, maka aku bersetubuh dengan setiap satu daripada ia. Berpelukan dengan bayang, imajinasi aku ketahap yang maksimum. Semata - mata mahukan kau hadir dalam mimpiku.
Tarikh ini, mungkin menjadi taruhan buatku sebagai alasan menjadikan aku seorang manusia. Yang sempurna untuk menyempurnakan kesempurnaan yang sepatutnya aku laksana sejak azali. Dulu aku gagal, tak mungkin kali ini. Tak mungkin. Tarikh ini, mungkin juga menjadi sebutan. Oleh aku, anakanda aku, atau cucunda ku nanti. Tarikh ini, mungkin juga menjadi misteri. Supaya aku berseronok berserabut dengan permainan dunia. Tarikh ini, mungkin juga menjadi apa - apa sahaja yang aku mahu.
Ahmad Syukor b. Abd Razak.
Monday, June 4, 2012
BAWA AKU KE SESUATU TEMPAT YANG DAMAI
Dalam belenggu kemarau, aku dahagakan ketenangan. Di sebuah perhentian, punya sebatang pohon tua yang daunnya hanya tinggal satu. Terus dijirus air dengan harapan ia berkembang seperti sediakala. Maka pada ketika itulah, deria aku semakin berbaur kehilangan. Bumi yang aku pijak dinihari, semakin mencapai klimaks kemusnahan. Andai kata Tuhan mengizinkan usia Hamba-Nya dilanjutkat selama beberapa dekat lagi, aku seperti mahu menjadi yang pertama untuk kehidupan seterusnya. Menjaga keamanan serta amanah yang disertakan. Bahtera kepunyaan aku, membawa ketenangan kepada mereka yang meracau dalam kebingungan.
Ahmad Syukor B. Abd Razak

Tuesday, May 1, 2012
Bila Awan Menangis
Bermaustatin sebentar, kelibat awan - awan hitam yang penat membawa takungan air yang diserap dari bumi. Lumrah alam, sudah kejadiannya begitu.
Tangisannya tidak di-pulaukan. Sang angin, ribut dan petir tak lupa juga kepada kilat dan bunyi - bunyian garang yang dihasilkan oleh guruh. Besarnya kuasa ILAHI, sebelum menghancurkan bumi manakala hanya membentangkan suara-Nya.
Pada ketika ini, cukup membimbangkan aku. Adakah cukup dengan kata - kata, atau sekadar amal yang aku belanjakan untuk melintas dunia sementara kelak. Goyah, meremang malah menggeletar tubuh aku. Dan suara itu lagi sekali, memanah khayalan aku. Lalu jatuh ketakutan, memeluk sebuah ukiran yang mengeluarkan bunyi - bunyian lalai yang baru sahaja sebentar tadi dimainkan aku.
Mak, ayah. Adapun salah dan silap aku sebelum ini mempengaruhi banyak kejadian semasa. Aku memohon maaf bagi pihak hati dan jiwa yang tak berdosa. Adapun dugaan yang baru sahaja merempuh kehidupan aku semalam, adalah kifarah yang sedikit sebanyak menghapuskan dosa - dosa kecilku. Aku redha.
Mungkin belum masanya aku bertemu KAU. Tapi aku berdoa, biarlah jasad dan roh ini dalam keadaan bersedia.
Bila awan menangis, segala khayalan yang muncul mula melarat hingga menjadi mimpi. Malah sebahagian dari mimpi tersebut terpahat sebagai memori. Yang selama ini aku terfikirkan, aku belum alami, cuma aku sudah melayari.
Ahmad Syukor B. Abd Razak
Thursday, January 19, 2012
Sebuah Ringkasan Buat Adinda
Kedatangan yang dinanti. Pemergian yang dihindari.
Mungkin, pada waktu itu aku banyak menyakiti dengan menusuk perasaan kamu melalui berbicara mahupun perbuatan. Namun hati ini tak dapat menahan sakitnya pantulan kesabaran kau. Menyedari akan kesalahan yang pada hakikatnya, langsung tidak layak menerima kemaafan. Bagi aku, ini anugerah Tuhan yang luar biasa.
Mahu sahaja aku lihat, seringkali pada penglihatan mereka, bicara mereka, pergerakan mereka, lumpuh kerana cemburu yang mereka semai terbantut dek kekuatan perisai keikhlasan ini. Ya, sudah tentu persediaan dengan bala tentera mereka tidak mudah untuk dipatahkan. Namun oleh kerana hati kau keras menyatakan kau adalah milik aku.
Terima kasih adinda. Kerana buat pertama kali, aku benar - benar jatuh hati. Pertama kali juga, lahirnya rasa ini yang tak pernah ada walaupun sudah sekian lama, bersilih ganti dan akhirnya kau yang pada mulanya bukanlah siapa - siapa, berjaya merampas takhta dihati ini. Kau PERMAISURI.
Aku rela. Sekiranya kau meminta, apa sahaja yang termampu aku kabulkan. Asalkan bukan sebuah istana yang asalnya dari kayangan dan juga permintaan dari nafsu yang dahagakan harta benda. Aku percaya, cinta ini adalah realiti dan keinginan kau bukanlah dari yang gila. Aku tolak fiksyen, kerana pada aku kita adalah objek yang dimuliakan.
Bermula pada detik ini, aku perjudikan segala hak kepunyaan aku untuk memiliki kau dalam apa jua keadaan sekali pun. Ini usaha dan doa aku, pada ketentuan Ilahi yang mengadili.
Ahmad Syukor b. Abd Razak

Friday, January 13, 2012
Panjatkan Kesyukuran
Dosa dan pahala tuhan sahaja yang tahu. Percaturan dunia dan akhirat, usaha pada tangan manusia, jawapan pada keputusan ilahi.
Ini, cerita pada masa tertunggaknya tanggungjawab seseorang kepada seseorang lagi. Pada hakikatnya waktu itu, dia penuh dengan kemewahan. Bukan harta benda, akan tetapi hanya selonggok kebahagiaan yang salah dibahagikan. Ya, itu lumrah hidup, ada yang lebih, ada yang kurang dan ada yang terpinggir.
Saat itu, tampaklah pemberontakan terhadap sesuatu yang ditekan-kan. Hanya kerana mahukan secebis perhatian, pengorbanan yang banyak harus ditabur. Ini lah hakikat, apabila seseorang itu diabaikan siapa - siapa yang empunya hak sepenuhnya untuk menjaga, tidak dibuat secara adil.
Tapi kali ini, bukanlah itu yang perlu diperkotak - katikkan. Perkara kecil itu harus diketepikan kerana ada kebahagiaan yang besar sedang menanti. Sipolan ini telah mendapat curahan kasih sayang dari seseorang yang tidak disangkakan. Muncul dihadapan berkali - kali. Bagai mimpi yang membuai anak kecil, bahagianya sehingga senyum berminggu. Pada waktu itu, "aku lah bulan,aku lah matahari, aku lah bintang dan aku lah segala - galanya". Tuhan maha adil, itu yang mampu aku ungkapkan dalam pernyataan ini. Seadil - adil bicara seadil - adil perkara. Alhamdulillah.
Semalam, tangisan aku didengari teman rumah. Mereka sekadar bertanya, adakah aku ini dalam keadaan baik? Jawab aku, lebih daripada baik. Doa aku pada malam itu, harapkan sudah hampir sampai pada sisi-Nya. Untuk dinilai, adakah layak permintaanku itu ditunaikan. Sehingga sekarang, aku sedang rela diadili dengan kelakuan aku.

Thursday, January 5, 2012
MIMPI
Aku menyesuaikan diri,
untuk berasa selesa apabila melelapkan mata.
Memulihkan kudrat yang dikerahkan sepanjang mentari terbit.
Cahaya yang terang menjadi malap,
Sang bulan menjadi lampu tunggal dan ditemani bintang - bintang,
Membuai aku dalam kelip - kelip cahaya.
Disaat itu,
aku mulai hilang dari kenyataan,
muncul dilapangan,
yang tinggal aku seorang.
Mimpi, meleraikan nyata dari realiti,
melangkah ke alam maya,
mencipta sebuah lagenda.
Aku berlari, yang mengejar aku adalah bayang - banyang.
Aku mencari, yang aku kejar hanyalah ilusi.
Aku sesat dalam mimpi,
makin aku jauh dari hidup sebenar,
Aku ingin lari jauh,
Tolong sedarkan aku untuk kembali pada realiti.
Aku seorang diri dan terus mencari arah lain,
Untuk keluar dari mimpi.
Aku merentasi segala - galanya,
nafas semakin kencang, terduduk keletihan.
Dimanakah nokhtahnya?
dimanakah pengakhiran jalanan?
Luka yang berdarah tidak terasa sakitnya,
jejak yang tertinggal hilang tapaknya.
Celik,
lantas bergegas mengejar rutin harian,
langkah - langkah aku pula semakin layu,
fikiran masih melayang - layang,
terbayang pada buaian mimpi.

Subscribe to:
Posts (Atom)