Friday, December 23, 2011

Ini Masalah Aku

Kekerapan menunjukkan sikap manja, dimana aku yang rasa patut membolot semua perasaan yang dia luahkan. Aku cuma mahukan setiap rasa dan luahan dia adalah pada aku. Aku cemburu kabur apabila aku terasa dengan keakraban dia bersama temannya yang lain.

Shit! itulah perkataan yang amat sesuai dilabelkan pada aku. Harus dipampang besar - besaran seperti sepanduk yang sedia lekat pada tubuh aku. Berjalan keliling kota dan biar kalian - kalian tahu bahawa aku ini hanyalah sebentuk tahi yang terlalu banyak sifat yang sukar difahami.

Cuma aku, masalah utama yang tak pernah aku hiraukan selama ini. Barangkali aku cuma berpura - pura menjalani waktu yang indah. Maka aku tertipu dengan ilusi aku sendiri, terperangkap dengan perbuatan sendiri. Aku selalu kaku apabila tersentak dengan lafaz satu dua kata yang keluar dari bibir dia.

Shit! sekali lagi gambaran yang makin jelas terhadap aku. Seringkali aku tertewas dengan nafsu aku. Aku cuma cemburu! Makin takut aku, makin aku tertekan. Apabila dia menyatakan keikhlasan aku ini hanyalah cabaran semata - mata. Aku bukan berlumba sayang. Aku tidak pernah terniat begitu. Aku cuma mahukan aku dan kamu. Dimasa dan saat yang benar - benar terjadi. Hingga akhir nanti, tanpa rasa curiga. Benar, aku cemburu. Tapi kau harus tahu bahawa, Ini Adalah Cinta.

Ahmad Syukor B. Abd Razak

Wednesday, December 21, 2011

Masih Perlu Berahsia

Sungguhpun kenyataan menenangkan aku dari pergelutan keadaan, aku masih dihantui rasa curiga.

Dan pengantara aku hanyalah ruang masa yang aku tak mampu sempurnakan melalui rutin harian aku. Sibuk yang melanda terus membutakan aku dari melihat keberadaan rasa yang menjadi daripada ilusi. Sejak dahulu, kesabaran yang aku semai sudah menjadi tanpa rasa apa - apa ketakutan. Aku masih tabah menunggang masa yang makin cemburu dengan diri ini.

Sesuatu yang masih menjadi tanda tanya. Adakah ianya berpunca dari ketidak-adilan? Maka haruskah ia diperjuangkan demi titik - titik keindahan yang semakin kuat berpautan. Menjalar naik turun kiri dan kanan. Cukup sempurna.

Maka baiklah aku terus meminta, biarlah aku yang terus menjadi pengemis, biarlah aku yang terus menjadi penanggung segala kejadian, biarlah aku menjadi segalanya.

Ahmad Syukor B. Abd Razak

Sunday, November 27, 2011

Nikmat

Terhidang di meja tamu, masak lemak cili api. Disusuli gulai ikan sembilang dan ikan bawal masam manis. Aku berdiri dari jauh terliur memandang hidangan tersebut.

Aku dilayan seperti tetamu, sedangkan aku yang belajar di luar kawasan sekadar pulang melepaskan rindu aku pada keluarga. Emak, dari raut wajahnya yang sangat gembira dengan kepulangan aku. Menghidangkan aku dengan makanan yang sangat istimewa dan yang lebih istimewa adalah masakan itu adalah dari air tangannya. Aku tersenyum dan serta - merta mata aku bertakung dengan air mata gembira.

Habis, dari air basuh tangan sehingga lauk - pauk aku emak sediakan dalam satu pinggan. Pinggan aku pula berlainan dari adik - beradik aku yang lain. Menandakan aku ini adalah yang teristimewa dikalangan mereka. Tetapi tiada pun riak muka cemburu daripada mereka, aku hairan. Senyuman yang mereka lemparkan pada aku sungguh aneh, tidak seperti selalu. Abang aku yang selalu cerewet tentang makanan hari ini membisu sahaja. Mereka seperti sedang sembunyikan sesuatu daripada aku. Tapi masih bersulamkan senyuman yang ikhlas. Aku bingung.

Selesai mengunyah sesuap nasi, emak bertanya : "sedap tak syukor?" aku tidak menjawab lantas aku sambung menikmati keenakan masakan emak. Pada saat ini aku rasakan aku berada dengan sekumpulan bidadari yang melayan aku seperti putera raja. Makin aku bingung apabila makin aku menikmati makanan tersebut sehingga separuh habis, makin menghilang wajah - wajah indah dihadapan aku. Kian makin pudar.

Air mata aku berlinangan sambil lekas aku menghabiskan makanan yang sedia ada. Pada suapan yang terakhir, wajah emak tersenyum lebar sambil disampaikan pada aku, "emak sayangkan kamu" tetapi tanpa suara, hanya mimik bibirnya sahaja. Terus lesap semuanya setelah aku selesai menikmati segalanya.

Cis, tidur aku tadi dibuai dengan mimpi yang sangat suspen. Aku takut kehilangan orang yang sangat aku sayang. Dan telah disampaikan rindu aku pada mereka di kampung halaman. Tunggu aku pulang. Aku rindukan kalian.

Ahmad Syukor B. Abd Razak

Selimut

Kala ribut menghembus. Pada malam hari yang kian semakin dingin. Aku pura - pura menikmati kesejukan nafas sang alam sedangkan aku takut didiami kekalutan.

Pada malam, dikala embun mulai menyemarak kan kegelapan serta didampingi sunyi. Aku menyendiri dalam segumpal udara nyaman, mencuri sedikit demi sedikit keindahan pada malam hari serta bersulamkan ketakutan. Masih, dalam keadaan fikiran membeku, tenung pada langit yang makin gelap.

Pada waktu ini lah, aku berhenti mengintai dari tingkap. Lekas bagai kelam kelibut aku dengan gopoh bergerak ke tilam. Tanpa berlapik-kan cadar, berbekalkan bantal yang langsung tidak empuk tanpa bersarung. Ini sahaja yang tinggal, pada diri seorang pelajar yang mempelajari pelbagai perkara.

Ahh, aku masih ada sebentang(seorang) selimut. Sentiasa menemani aku dikala aku berada dalam ketakutan. Yang menemani aku dikala aku kesunyian. Yang menemani aku dikala aku ingin bercerita. Yang menemani aku dikala aku berteriakan! Yang menemani aku dikala aku dihentak emosi. Umpama aku ada segalanya dengan hanya satu selimut.

Nota : Ketakutan yang aku maksudkan bukan sekadar takut. Tapi merangkumi segala jenis emosi dan rasa suspen, rindu , cinta dan sebagainya.

Ahmad Syukor B. Abd Razak

Tuesday, November 1, 2011

Perbicaraan Dengan Bulan

Hujan semakin reda, menunggu awan hitam berisi takungan yang berapungan beredar dari ruang udara yang memperlihatkan langit. Segera aku persiapkan diri, bertenggek dihadapan buaian. Ditemani serangga - serangga kecil yang keluar mencari udara segar.

Aku nampak kelip - kelip. Bertebangan secara rawak, mewarnai ruang yang kosong dengan cahaya semulajadi hasilnya. Ini semua ciptaan Tuhan. Indah bukan? Aku terpegun. Tanpa berkelip mata, aku dibawa keawangan oleh kelip - kelip tadi. Berlatar belakangkan bulan. Eh? Bulan! Terima Kasih sikelip.

Senyum itu, sangat aneh. Aku melihat dengan penuh tumpuan, walaupun ada luka , cela disekitar tubuh, masih lagi tersenyum lebar. Cedera bukan alasan untuk tidak menyempurnakan kebahagiaan. Dan semakin dekat aku merasakan cahaya itu dengan ku.

Bulan, cerah kau menerangi bumi. Cacat cela kau dicipta masih kau berusaha menjadi yang terbaik. Bulan, seringkali kau menjadi saksi pada malam hari. Melihat kelibat manusia yang berakal menjadi gila, gila bayang, gila foya, gila - gila. Merebut harta meragut nyawa serta menjadi khayal. Malam menjadi riang - ria buat mereka yang mendiami syuga dunia. Bulan, segala gerak geri Makhluk ciptaan Tuhan telah kau saksikan, apakah kau ini bukan sembarangan?

Masih tersenyum, ahhhh...aku pula yang mengundang tanda tanya. Tentang kejadian huru - hara yang tak tersiar bebas, bulan masih lagi mampu tersenyum. Aku masih lagi bertenggek. Menghirup sedikit demi sedikit minuman yang dibekalkan semasa persiapan. Ini hobi aku, melihat bulan selepas hujan.

Aku nampak bintang, berkelip indah menemani bulan yang nampak kesunyian. Ia mempunyai ramai sahabat karib, yang sentiasa menemani antara susah dan senang. Walaupun tiada dikesan udara, tapi mereka hidup. Ahhh...aku berkhayal. Tapi, bulan. Kau Indah.

Ahmad Syukor B. Abd Razak

Friday, October 14, 2011

Diari Si Pencinta Seni (Bahagian Akhir)

Tipu Sunat*

Aku dan Iman terkejut apabila mengetahui kami ditipu oleh Ayu. Bukan apa dan bukan apa - apa pun yang besar cuma...........
Seperti yang diceritakan, kebencian pada ayah masih lagi meluak - luak sehinggakan aku sendiri terpaksa tidur - tidur ayam kerana takut bapa aku muncul dalam mimpi. Kebencian yang sangat mendalam atas sebab yang aku rasa setimpal. Tapi hari ini aku dikaku-kan dengan kebenaran. Sekali lagi aku terasa sesal.

Uncle Ram adalah lakonan semata - mata. Pelakon yang diupah ayah untuk berlakon dalam realiti. Sampah, sehinggakan aku turut tanpa disengajakan menjadi pelakon utama tanpa bayaran atau sebarang kontrak. Celaka.
Iman masih terpinga - pinga sambil membasuh muka berkali - kali dihadapan cermin tandas. Memanggil - manggil aku, jeritan yang seperti mengalami keseksaan didalam mimpi. Sakit. Aku rasakan itu. Dia tak semena - mena terpaksa menghadapi dugaan yang sepatutnya aku pejuangkan seorang. Maafkan aku Iman.

Saat Kejadian*
Sebelum persembahan bermula, Ayu menjemput kami berdua dari rumah sewa. Dengan lemparan senyuman manis dia menghulurkan kami sebungkus roti dan air miniral, sebagai bekalan perut untuk menghilangkan lapar dan cemas. Gelak ketawa, gurau senda banyak dimainkan semasa dalam perjalanan pergi. Tapi dalam hati aku, terasa sesuatu yang sangat pelik. Jantung berdebar dengan laju. Aku yakinkan ia hanyalah cemas aku yang cuba menghantui. Akan tetapi ia tetap sesuatu yang janggal.

Di tempat parkir, aku ternampak sebuah kenderaan yang sangat aku kenal. Tetapi aku cuma dialih perhatian oleh Ayu pada ketika itu yang cuba menguatkan semangat aku untuk teruskan perjuangan aku ini. Tiba - tiba, aku lihat ayah. Dari jauh. Ayu tersentak, melihat aku dengan harapan. Tanpa pembuka kata terus dia capai tangan aku dan bersuara. "Maafkan Ayu, Ayu sepatutnya memberitahu perkara sebenar. Ayu buat ini demi kejayaan kamu." Aku masih lagi kaku. "Sebenarnya Ayu bekerja di sebuah anak syarikat bapa awak, dan kenal rapat dengan bapa awak semenjak Ayu menghadiri mesyuarat bersama Bos Ayu. Maafkan Ayu." Mata aku mula bertakung, dengan berlatar belakang-kan suara Ayu ,menyatakan sesalan nya terhadap aku. Aku hanya tumpukan pada perasaan aku ketika itu. Ayu masih lagi bersuara dan aku terus melayan perasaan. Di kanan aku, Iman sibuk mengeluarkan kertas - kertas yang berisi penulisan aku untuk dipersembahkan. Aku ambil lantas campak pada Ayu. Berlalu pergi seorang diri.......

Detik Sebenar*
Aku terduduk di sebuah tangga dimana asalnya permulaan aku memijakkan kaki pada kotaraya ini. Aku lihat ada anak muda yang mengambil tempat aku dan Iman. Bezanya, mereka bermain alat muzik dan menyanyi. Tiada bacaan puisi. Tapi mereka tetap hebat. Aku diam. Walaupun persekitaran aku hingar - bingar, telinga aku seakan - akan pekak kerana didera dek perasaan aku sendiri. Apa yang aku nampak, kemarahan sahaja. Kegagalan aku dari dahulu sehingga kini. Telefon bimbit aku berbunyi, nama dan gambar Ayu keluar di paparan skrin. Menghayati kesempurnaan senyuman Ayu, aku ralik sehingga 70 panggilan yang aku terlepas. Kerana tidak sampai hati aku angkat. "assalamualaikum" Pelik, suara lelaki yang memberi salam. "Ayah minta maaf, kerana sebelum ini ayah banyak pertikaikan kebolehan kamu. Ayah tak pernah nampak baik kamu sebaliknya menuduh dan mencaci kamu. Ayah sesal, ayah cuba sedaya upaya untuk baiki kesilapan ayah ini pada kamu nak." Air mata aku berlingangan, tepat pada lagu yang didendang remaja tadi, beralunkan emosi sedih. "Bagi ayah, satu sahaja peluang. Ayah tak minta banyak. Satu sahaja nak." Suara ayah makin perlahan, dan aku merasakan ayah betul - betul sesal. "Ayah tunggu kamu untuk kamu buktikan keindahan seni itu sendiri pada ayah. Dan sebelum terlambat untuk katakan, ayah sayangkan kamu!" **TuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuT. Talian diputuskan.

Pantas aku berlari semula ke tempat yang sepatutnya aku berada. Dari jauh aku terdengar suara seorang perempuan membacakan puisi. Makin dekat aku rasakan puisi itu milik aku. Dan...............
**Berdiri dihadapan pintu masuk**
Ayu dan Iman sedang membantu menebus kejayaan aku.

**
Pergi! Pergi jauh dari aku!
Biarkan aku terus begini,
meratapi kesepian dan dihantui kesunyian.
Biar mati perasaan,
Biat hilang ketenangan,
Aku sudah biasa,
dibiarkan sendiri.
Aku sebati dengan kesunyian.

Menepati segala lumrah,
Aku berdiri ditengah khalayak.
Tanpa rasa segan silu,
dikutuk dicaci dihina diperli.
Aku masih berdiri,
tidakkah kau lihat?!
aku kuat!!

Dari tapak ketapak,
kau dapat lihat,
perasaan dan kekerasan aku.
Sebenar - benar hanya untuk berjaya.
Apa salahku?
apa salah perlakuanku?
Apa benarkah perjuangan aku salah?

Terus aku celik,
melangkah dengan luka,
dengan titisan peluh yang tegar berusaha.
Untuk mencari, kekurangan serta kehinaan diri.
Kau siapa?
Kau bukan tuhan hendak menghalang aku!
Aku tak akan patuh pada kekuasaan! Pergi Mati!

Tak kisah, langsung ;
aku dah biasa dengan kesunyian,
aku dah biasa dengan kesepian,
ingin aku nyatakan,
aku bukan meraih simpati,
aku cuma meluahkan rasa hati.
**********************************

Ayu memberhentikan bacaannya,
sementara Iman masih lagi mengalunkan gitar untuk menyampaikan emosi.

*aku
Mati jasad boleh dilihat,
Mati penggunaan boleh dikesan,
Mati perasaan siapa tahu? *melangkah ke pentas

Aku tak kisah dibutakan mata,
Tapi aku menangis kerna buta hati.
Aku tak hirau dibisukan dari bersuara,
Kerna aku tak hendak berkata kasar.
Aku tak peduli dipekak-kan telinga,
Tapi aku teringin mendengar keamanan.

Mana perginya rasa perikemanusiaan?
Kerana kita anak - anak muda jauh dari landasan kehidupan.
kerana kita akidah remaja - remaja luntur.
Mana prihatin kita?
sebagai contoh untuk menyokong semangat serta perjuangan mereka ini?
Kita masih tidur. Tidur yang nyenyak,
Dibuai ketamakkan, dibuai hasad dengki, dibuai penting diri.
Masa untuk sedar.

Aku tak kisah.
cuma ingin aku nyatakan,
aku bukan meraih simpati,
aku cuma meluahkan rasa hati.
*********************************************************

Lampu pentas makin malap.
Aku memandang terus pada mata ayah,
mata kami sedang berbicara. tentang sesuatu yang aku hasratkan.
Makin malap, Iman memeluk bahu aku sementara Ayu melutut dari tepi.
Semakin malap. Mata aku berlinangan air mata bahagia, turut juga dengan ayah.
Mata kami masih berbicara. Sehingga lampu tutup sepenuhnya. Hanya kedengaran tepukan dan sorakan dari mereka semua. Aku tersenyum. Lampu dibuka semula, Mata aku dan ayah masih belum henti berbicara. sehingga akhirnya. Ayah senyum bahagia..

Tamat.

Ahmad Syukor b. Abd Razak

Saturday, June 11, 2011

Diari Si Pencinta Seni (Bahagian Lima)

Tentang Si Gadis*

Tidur aku yang selalu dibuai oleh himpunan tulisan bertebangan yang membentuk tulisan serta perkataan seperti memberi ruang dan kesempatan pada wajah Si Gadis untuk menempah takhta di hati. Aku keliru dan terus berkeputusan untuk bersemuka dengan dia dengan kadar segera!

Ayu, nama gadis kampung yang memang aku idamkan selama ini. Pada bentuk badan berkebaya anggun dan itu pastinya yang asli. Jahanam, aku sudah bermain cinta. Tapi aku janji kali ini sahaja. Aku cuba untuk hindar, tapi hati aku faham bahawa aku perlukan saat ini untuk sempurnakan pencarian diri aku sendiri. Cuma aku khuatir jikalau aku terjerat untuk mencari pintu kecil ke arah kejayaan.

Aku difahamkan dengan ukiran bibir Ayu yang menceritakan kisahnya dalam sesi pengenalan kami. Aku dan Iman menceritakan tentang kami dan tak lupa juga pada sahabat aku Sarip. Aku sedikit hairan mengapa si gadis ini mahu berkenalan dengan kami yang selalu dipijak serta ditindas ini. Perjuangan seni yang masih tak ditebaskan lalang serta hutan yang menghalang untuk membuka pintu yang menghubungkan kejatuhan dan kejayaan. Dia hanya seorang pekerja swasta dan berpakaian korporat itu perlu bagi menepati etika pekerjaannya sebagai seorang setiausaha seorang pengurus syarikat import dan export. Aku labelkan dia sebagai seorang hamba. Kejam? dan memang inilah yang aku nampak pada seorang setia-usaha.

Tentang Kami*

Aku dan Ayu makin rapat. Entah apa yang dia sukakan pada aku, masih aku fikirkan hingga detik ini. Aku tak ada rupa dan lagi - lagi kekayaan. Itu yang gadis - gadis era ini terpikat. Tapi tidak pada Ayu, makin aku runsing. Cuma pernah di tekankan, Ayu suka akan semangat juang dengan berbekalkan penulisan aku ini. Bertambah hairan aku dibuatnya.

Setiap kali aku persembahkan penulisan terakhir aku, tepat waktu Ayu selesai dengan pekerjaan. Lantas laju berjalan untuk melihat aku menjerit, meraung dan berperasaan. Selesai, aku, Iman dan Ayu pergi minum dan menikmati masakan kampung di kedai kenalan Sarip dulu. Menjadi rutin harian kami untuk menjalankan hari - hari yang penuh dusta dalam kelompok bandaraya itu. Cuma Iman, dia akan pulang lebih awal kerana ada urusan katanya. Setiap hari, yang aku tahu dia sengaja memberi peluang kepada aku untuk mengenali Ayu dengan lebih mendalam. Licik kau Iman.

Hanya berlanjutan selama seratus tiga puluh lapan hari, memang kami masing - masing impikan bintang, bulan yang mengambang pasti menjadi detik terpenting untuk kami meluahkan perasaan. Emosi, riak wajah yang memaparkan seorang pelakon veteran dengan skrip yang dibekalkan, kami petah berbicara. Ya, inilah dunia percintaan yang diidamkan setiap remaja dan pesan aku, jangan keterlaluan!

Kerjaya*

Tiba saat, dimana saat Ayu cuba membantu kami. Seorang hamba menggunakan kelebihannya untuk memancing dan memujuk rayu seorang eksekutif untuk membuka ruang kepada kami. Katanya, telah diperbincangkan hal ini dengan seorang Dato' untuk membantu kami dan juga gelombang seni untuk kemajuan tanah air. Beratus kali aku dan Iman memikirkannya. Takut - takut kami dipergunakan dan ditindas lagi oleh orang - orang korporat keparat seperti ini. Akhirnya, setelah puas kami rejamkan fikiran sehingga hampir hangit dinodai sebuah takdir dan ketentuan, kami setuju.

Kami dibawa berjumpa dengan Dato' tersebut. Dengan rendah diri dia memaksa kami memanggilnya dengan panggilan uncle Ram(sepatutnya "pakcik ramli"). Lantas senyuman terukir pada bibir aku dan Iman. Masing - masing lahir rasa bersalah terhadap Uncle Ram kerana banyak penulisan kami memembak kutukan terhadap orang yang mempunyai darjat seperti dia. Tapi perlu diingatkan, Uncle Ram mungkin orang yang hanya boleh dijumpai dalam kalangan satu juta darjat sepertinya. Layanan istimewa di istananya. banyak soalan yang aku ajukan untuk meneliti dan setuju dengan jalan yang diberikan supaya benar - benar tiada penipuan. Ternyata Uncle Ram memang ikhlas membantu. Cuma aku sedikit ragu apabila ditanya tentang Ayu, dia sedikit gagap dan masih boleh menjawab, "Uncle kenal dia sebab kenal dengan bos dia". Aku mengangguk. Kertas kerja yang diusahakan Ayu untuk kami, persembahan sulung dan platfom untuk kami berada di pentas dunia. Majlis yang memang diadakan untuk aku dan Iman. Aku bersyukur.

bersambung pada (bahagian akhir)

Monday, June 6, 2011

Diari Si Pencinta Seni (Bahagian Empat)

Hari - hari aku jika kais waktu pagi, maka pagi juga aku menjamu selera dan jika petang, maka petang lah aku melantak. Tiada lagi sarapan, makan tengah hari serta makan malam yang mewah - mewah seperti dahulu. Tiba sahaja di meja makan, aku boleh terus selesa duduk berlapik kain di paha, makan dengan sudu dan garfu mahal dan menikmati makanan ala barat.

Memori itu telah aku ikatkan ketat - ketat dalam guni pembasmi segala memori palsu yang telah aku cipta dan alami sepanjang pembesaran aku hingga ke remaja. Aku semakin membesar dan cuba untuk membina hidup baru dengan diri aku sendiri. Bertemankan Sarip dan Iman, hidup aku kian tampak serinya.

Luahan dan jeritan kami hanya didengari golongan sederhana serta miskin, kerana penceritaan kami serupa dengan apa yang mereka lalui. Pada kekayaan dan kemewahan, sedikit pun kami tak endah. Puisi aku banyak berubah, tidak bertemakan kehidupan semata - mata, kerana aku memahami remaja yang berkeliaran, melepak dan juga sedang menempuh dugaan untuk menjangkau alam dewasa. Terutama sekali pada percintaan. Ya, itulah dunia remaja.

Yang kami sedar, setelah beberapa minggu kami singgah di kaki ini. Hanya seorang sahaja dari pelanggan kami yang menghadiahkan sekeping wang kertas RM50 setiap sekali kami selesai bertapa. Kami seronok dan hairan. Pergi mampus lah, yang aku tahu ini tetap rezeki separuh kepada Iman dan separuh kepada aku. Doa dan niat tak pernah putus untuk orang ini. Suatu hari dia muncul, depan mata aku seorang gadis yang berpakaian korporat kemas. Bezanya cuma, si gadis ini memakai tudung. Nampak seperti muslimah, tapi mana tahu kalau - kalau dia pakai sebab terpaksa atau tuntutan agama. Aku diam, tetap dalam hati aku sedang memaki hamun kerana aku sangat benci kepada golongan ini.

Assalamualaikum. Aku tersentak. Terus kecelaruan mengganggu aku. Kacau - bilau, cuai, halusinasi datang serentak dan tiba - tiba hilang. Aku tunduk, mengambil masa yang sangat lama untuk jawab sapa mulianya itu. Waalaikumussalam. Apa kau nak? Aku bukan manusia yang boleh kau permainkan. Dalam hati aku serba salah kerana aku tahu aku tak patut berkata begitu. Dia senyum lantas menjawab, " diperlihatkan pagar disekitar maruahmu ". Aku terdiam sekali lagi. Lekas - lekas aku berkemas serta memberitahu Iman bahawa aku perlu pulang.

Aku tahu, bahawa si gadis itu selalu mengintai kami berdua berpuisi dengan sengaja menyelitkan dirinya dalam kelompok manusia yang berdiri rapat. Mungkin dia tak hendak diperhatikan atau ada agenda lain. Tapi hati aku berkata sebaliknya. Dia sangat cantik. Celaka aku sudah dipermainkan perasaan aku sendiri dan pastinya aku sukar untuk mengelak kedatangannya di hari lain. Rasa - rasa sedikit sebanyak aku pun tak mahu terlepas memandang tepat ke matanya dengan untuk menikmati keayuannya pada jarak 5 inci. Ha Ha Ha.

Bersambung pada (bahagian lima)

Monday, May 30, 2011

Diari Si Pencinta Seni (Bahagian Tiga)

Setelah dua minggu aku habiskan masa dengan menulis di dalam bilik. Aku terperap sendiri, masam, busuk, letih otak bercampur baur menjadikan hasil. Aku siapkan beberapa penulisan sebelum aku melangkah lagi. Duit yang aku bekalkan cuma tinggal RM30, aku makin terdesak.

Esoknya, aku minta Sarip tumpangkan aku hingga ke bandaraya. Aku berjalan - jalan sekitar tempat itu mencari tempat tumpuan. Petang itu, aku terjumpa satu lokasi dimana ada remaja yang bermain gitar, aku hayati nyanyiannya. Merdu, setiap lagu yang dinyanyikan berbaur kehidupan dan ada juga tentang penindasan. Setelah puas jari - jemari memetik tali gitar, bibir ditutup rapi lalu senyuman dilemparkan. Manusia - manusia sekeliling yang lalu - lintas, melepak serta yang menghayati si seniman ini terus menghulurkan sedikit ringgit membalas kepuasan mereka.

Aku mendekati remaja itu, berkata. Bakat serta suara yang merdu digabungkan lalu meng-olah detik - detik individu bandaraya yang berlalu, menghasilkan stesen radio tanpa rangkaian di sebuah lokasi tetap. Siapa nama saudara? Iman, dia jawab. Kenapa tidak cari produser untuk mengembangkan lagi bakat serta pendapatan yang lebih besar? Mengapa pilih untuk menyanyi dikaki lima? Ini jiwa saya, Iman jawab. Aku terdiam dan senyum lebar dengan jawapannya itu, ternyata aku tidak kesorangan memperjuangkan impian. Setelah selesai Iman berkemas, sebelum sahaja dia melangkah pergi, aku bertanya kalau - kalau dia sudi mengerahkan sedikit tenaga untuk jari - jemarinya memetik tali gitar untuk aku berpuisi bermula esok. Dia setuju.

Keesokannya, aku tiba dilokasi tersebut pada waktu sama dimana aku terjumpanya semalam. Iman sedang bermain gitar seperti biasa dimana rutin hariannya. Setelah kelibat aku dilihat beliau, dengan tenang dia habiskan lagu yang didendangkan. Memanggil aku.

Sedikit kaku, tapi aku tetap bersemangat. Cerita aku sedikit pun tidak lari dengan cerita Iman, cuma perbezaannya aku membaca dan dia menyanyi. Untuk tidak mengurangkan "pelanggan" aku mula.

Pelayaran yang telah lama menyusuri lautan,
Aku tiba disebuah pengkalan,
Mencari bekalan,
Untuk pelayaran seterusnya.
Mengutip sisa - sisa hidup tak bertapak,
Serpihan ilmu,
Cebisan Pengalaman,
Masih mencari arah.
Tunggu terbitnya sang mentari,
Menyuluh gelapnya perjalanan,
Mencari tangga,
Sambil ketulan batu dikutip untuk arah haluan.

Bersambung pada (bahagian empat)

Wednesday, May 25, 2011

Diari Si Pencinta Seni (Bahagian Dua)

Seorang kenalan baru yang menjadi sahabat*

Aku bermalam disebuah kamar sewa. Dimana seorang remaja yang juga dari sebuah kampung menetap di bandaraya sebagai pekerja. Aku dipelawa kerana kedatangan aku nampak buntu dimana aku tertanya - tanya tentang arah. Pakaian aku yang amat menjengkelkan. Maklumlah seseorang yang cuba untuk hidup sebatang kara!

Jam tepat pada 12 tengah hari. Kelihatan manusia berpusu - pusu keluar dari pejabat, ada yang berjalan kaki, ada yang menunggang motosikal dan orang - orang yang berpangkat besar enggan sesekali terkena walaupun secebis cahaya matahari, lalu mereka menaiki kereta - kereta mewah dan dipandu oleh pemandu peribadi. Menuju ke restoran besar. Restoran segera juga disinggah oleh pekerja - pekerja pejabat yang ketagihan terhadap produk luar negara. Tidak lupa juga makcik dan pakcik yang mencari rezeki dengan berniaga di gerai - gerai setinggan, kaki lima serta kedai sederhana dengan menjual masakan kampung dengan harga yang sangat murah dibandingkan dengan restoran di bandaraya ini.

Aku masih tercegat di anak tangga stesen bas, berdiri kaku bagai tugu negara. Aku disapa oleh seorang remaja separa dewasa. Dari raut wajahnya aku dapa lihat dia seorang jejaka dari kampung yang bekerja di bandaraya untuk menampung keluarga. Sarip. Menghulur tangan dan mendahulukan "Assalamualaikum" kepada aku. Jawab. Sejenak selepas bicara pendek tentang infomasi arah tuju, Sarip mengajak aku mengisi perut di sebuah gerai setinggan milik Pak Cik Man orang kampungnya.

Enak, Sarip sangat tertib. Aku segan. Sebelum menikmati hidangan, aku terasa seperti adik atau anak saudaranya pula. Diajar aku makan menggunakan tangan, membaca doa sebelum makan. Aku segan, maklumlah aku dari keluarga besar. Makan dan minum diajar mengikut cara orang - orang berada. Cis, bedebah kau ayah. Kau telah jauhkan adat dan agama dari keluarga!

Tidak aku sangka, nikmat makan menggunakan tangan yang bersih tak sangga! Terlalu hebat untuk diperbandingkan dengan sudu dan garfu yang bernilai ribuan ringgit! Nikmat pada jari jemari kurniaan ilahi lebih besar! Terima kasih Sarip! Selesai makan dengan berbekal kan minit yang tertinggal, kami berbual. Hampir hingga nenek moyang kami bertukar latar belakang. Dan setelah bicara peribadi aku suarakan pada Sarip. Dia memahami. Lalu mempelawa aku untuk berkongsi kamar dengannya disebuah rumah sewa. Aku setuju.

Dinding yang kosong telah aku hiaskan dengan penulisan aku. Bukan conteng, aku tampal cebisan - cebisan serta helaian kertas yang ada coretan aku. Sarip suka dan dia tidak pernah membantah apa yang aku lakukan mahupun marah. Malah dia lebih suka membaca segala penulisan aku sebelum tidur, dan setiap kali sebelum melelapkan mata, dia akan meminta aku siapkan satu cerita untuk dibaca sebelum berangkat ke tempat kerja. Ha Ha Ha. Seorang kenalan yang boleh dijadikan sahabat, dia terus menyokong aku. Terima kasih Sarip!

Bersambung pada (bahagian tiga)

Diari Si Pencinta Seni (Bahagian Satu)

Tidak akan aku benarkan sekujur tubuhku dibelai wang ringgit dan juga kekayaan! Aku mahukan hidup sempurna melalui hati, nurani serta pahala yang perlu dibekalkan. Bukan ketamakan yang menindas serta paksa melakukan dosa semata - mata untuk hidup mewah!

Telah aku lari setelah pertengkaran dengan penghulu keluarga, kebencian serta rasa kecewa yang aku rasakan sejak dahulu telah sempurna ditunjukkan betapa bencinya aku pada mereka! Lalu jauh aku lari, untuk menenangkan diri. Aku masih sayangkan mereka, cuma aku benci apabila mereka agungkan harta kekayaan. Pergi mati lah kau hamba dunia!

Lihat! tapi jangan sesekali kau mencari aku. Langkah yang aku tinggalkan hanya untuk kenangan dan untuk kau tangisi semata - mata. Ya, aku seorang anak derhaka tetapi aku bukan durjana! Mulai sekarang, kau boleh kurangkan perbelanjaan kau demikian sudah kerana aku melangkah keluar dari istana kau. Selamat jalan!

Mungkin kerana aku terlalu akur padanya sejak aku lahir, dan memang namanya aku ini anak kandungnya sendiri. Akan tetapi tidak haruslah hinggakan cita - cita aku sendiri pun ditentukan olehnya. Aku sedar yang kau mahukan aku berjaya, dan kau mahu aku sebagai pengganti tempat kau di kerusi tertinggi syarikat kau. Tapi hakikatnya aku tak mampu kerana aku langsung tiada minat terhadapnya! Maafkan aku kerana membenci kau ayah.

Berbekalkan Rm500 ringgit yang aku curi dari rumah. Aku lari ke bandaraya untuk merealisasikan impian aku yang sudah lama aku tanamkan. Ya, aku mahu jadi seorang seniman. Tidak kira apa jua jenis seni. Yang aku tahu, aku boleh bernyanyi, aku boleh menulis, aku boleh bermain gitar serta aku boleh membaca dengan baik. Dengan adanya semua ini, aku yakin aku mampu hidup tanpa meminta pertolongan ayah. Aku mahu buktikan aku mampu hidup dengan cara aku walaupun aku tak punyai kekayaan. Aku cukup bahagia dengan apa yang aku lakukan. Terima Kasih Tuhan.

Bersambung di (bahagian dua)....

Sunday, May 22, 2011

Ya, Ini Cerita Cinta

Zaman sekolah yang penuh dengan memori suka dan duka dan satu kecelakaan tentang diri aku yang menyebabkan peristiwa itu menjadi peristiwa paling manis pada hari ini*

Sudah memang menjadi kebetulan apabila waktu muda kita bergaduh dengan seseorang, waktu besar kita akan sangat rapat dengan dia. Tak kira lelaki atau perempuan, tapi memang hakikatnya begini. Kerana aku sudah merasa kedua - duanya sekali.

Sumpah aku tak percaya pada mulanya, aku sendiri terperangkap dengan jalan aku. Perlahan - lahan pintu hati aku dibuka dengan perasaan yang tiada rasa jemu, tiada rasa benci dan tiada rasa hipokrit. Yang ada hanyalah kesabaran, kejujuran, kemanja-an, keikhlasan dan lemah - lembut yang memang melemahkan aku serta jauh terbuang Ahmad Syukor yang keji.
Terima Kasih*

Selepas beberapa tahun aku tidak berhubung dengannya, tiga tahun kemudian aku disapa olehnya di laman sesawang. Dimana aku terkejut kerana pada dahulu aku semenangnya musuh ketatnya. Segala caci maki yang dilafazkan aku lah penerima yang setia. Dan ya, aku memang ikhlas mendengar segala makian itu. Ha Ha Ha.

Tapi hari ini segalanya bertentangan. Aku dan dia sangat rapat. Walaupun tiada apa - apa hubungan atau kata lainnya (bercinta) kami adalah kawan yang sangat rapat. Tapi sangat istimewa. Hah dah nampak macam merapu sebab aku menulis sambil angau.(celaka). Memang sejak kebelakangan ini aku dipengaruhi suara pelik, yang memang akan mempengaruhi juga tindakan aku. Haha. Tak apa, sebab aku hanya akan diganggu apabila berniat jahat. Terus aku jadi seorang yang nerd!

Aku tak mahu cerita banyak. Kerana aku tak perlu menceritakan apa yang terjadi. Cukup sekadar aku seorang sahaj yang merasai segala detik kebahagiaan ini. Ya, Aku sangat bahagia!

Aku yang sangat bahagia,
Ahmad Syukor b. Abdul Razak

Monday, May 16, 2011

Suara

Dalam dingin angin malam aku terjaga dari keselesaan*

Yang sebenarnya aku tak pernah menghakis segala kekotoran yang melekat. Lekit - lekit kejahilan yang masih bersisa yang dahulunya bertakhta memerintah nafsu serakah. Jahil menjadi teguh sementara wangian tidak lagi sesuci mulanya.

Aku dengar suara kakak, aku menangis, tiada lagi purata untuk perbicaraan aku, yang ada hanyalah titisan air mata beserta tangisan. Kumat - kamit yang aku gimik hanyalah untuk keredaan terhadap diri sendiri. Aku buntu dikala itu, esak aku masih tak henti. Lalu aku dipujuk, lisan kata - kata semangat yang ditujukan kakak. Sedikit reda.

Aku dengar suara kawan, aku reda semula. Ya, aku berpura - pura. Kerana aku tidak mahu sehuruf pun yang mereka tahu tentang aku. Aku bukan perogol, aku bukan penyangak, aku bukan penjual senjata api. Tapi kadang - kadang sesuatu tentang diri terpaksa kita simpan. Aku merahsiakan sesuatu, rahsia yang aku simpan dengan sendiri.

Aku dengar suara abg, aku kaku. Kali ini dia betul - betul mengambil berat tentang aku. Lantas aku menyedari caci maki yang dia kemukakan dahulu memang disengajakan. Kerana dia tahu, aku tak makan dengan pujuk lembut. Dia pantas mengenali aku.

Aku dengar suara ayah, kali ini aku langsung tidak tinggi suara. Bergurau, marah atau bongkak. Aku berbual selama satu minit tiga puluh saat menggunakan telefon. Tahniah aku ucapkan kepada ayah kerana itu adalah perbualan telefon kami yang paling panjang setakat ini.

Aku dengar suara emak, aku sebak. Memang aku sangat rindukan usap manjanya. Dari dahulu aku memang mengada - ngada dengan emak. Mujur emak memahami, aku adalah anak lelaki kandungnya yang bongsu. Walaupun telah banyak dosa yang aku kumpulkan, emak tetap memaafkan aku dan kemaafan adalah kelemahan aku.

Aku dengar suara adik, mata aku bertakung. Mujur empangan aku kuat menahan air mata dari mengalir. Kali ini aku tak mampu jadi keras. Aku hanya kuat bedasarkan hati yang lembut. Dahulunya aku sangat baran kepada kenakalan adik - adik. Pantas sahaja tangan aku sampai pada anggota tubuh mereka. Yang masih terngiang - ngiang hingga kini, tangisan yang aku paksa mereka luahkan. Itu dosa aku pada adik. Maafkan aku, aku sangat sayang kamu berdua.

Aku dengar suara aku, aku marah. Telah aku bantah segala kejahatan yang mengusik mahupun merasuk. Aku adalah juara, aku mampu mengalahkan sifat api dalam diri. Lalu aku berasa tenang seketika. Sempat aku berfikir dengan saat yang dipeluangkan untuk menempuh dugaan mendatang. Aku bersedia.

Suara,
Ahmad Syukor B. Abd Razak

Saturday, May 14, 2011

Nota untuk seorang Kenalan

Jauh disudut hati aku cuma sedih melihat kelakuan ganjil beserta lakon layar pada bayang - bayang kau*

Untuk seorang kenalan,
Sering sahaja aku melihat wajah - wajah bergetah yang tak pernah aku nampak sebelum ini.
Tiba pada suatu saat, dimana aku telah disapa hormat oleh remaja sebaya. Cuma yang beza, raut wajahnya yang menampakkan kemuraman walaupun dia mengukir senyuman serta paksa. Aku yang serba salah, terus menyambut tangan yang dihulur untuk dijabat, lalu untuk tidak menambahkan luka yang sedia ada pada hatinya, aku turutkan senyuman pujuk.

Perjalanan masih panjang, tapi aku nampak jejak yang ditinggalkan nya masih berdarah. Luka yang tidak mampu dipandang ringan. Ya aku tahu yang kami serupa dunia, remaja yang mencari alam dewasa. Cuma yang membezakan aku dan dia adalah pengalaman hidup yang telah aku coretkan pada diari hidup aku sejak dahulu. Apa yang aku lihat pada dia semuanya yang telah aku jalani dahulu. Serta daya aku merakamkan segala yang ada di dada untuk aku sampaikan pada nya.

Keras, kau perlu ingat. Bahawasanya aku adalah seseorang yang boleh dijadikan rakan, sahabat mahupun lawan. Semua keputusan dan tindak laku terkandung dari pemikiran kau sendiri. Aku hanya mampu menghulurkan secebis nota yang tertulis serba serbi tentang kehidupan. Itu adalah nasihat. Apa yang aku mampu luahkan untuk kau jadikan benih disiramkan hidup subur menjadi pohon yang melindungi kau dari jahat atau baik. Semua atas dasar persahabatan hadiah ini aku serahkan supaya kau dapat menjadi matang.

Untuk seorang kenalan,
......................
Ahmad Syukor b. Abdul Razak

Friday, May 13, 2011

Untuk Bidadari Dunia

Bukan setiap saat kita akan peroleh kebahagiaan. Jangan ditinggalkan duka*

Ya, setelah bertahun aku berjaya mehapuskan emosi yang bermaharajalela dihati. Aku bangkit dan terus mencari diri. Bukan mudah untuk menyelak helaian muka surat konkrit yang melindung kebenaran setelah sekian lama.

Jarak menjadi halangan ketika rindu membisik manja ditelinga. Ketika aku sibuk berusaha keras untuk masa hadapan, tiba tetamu yang tak diundang. Bukan pada aku, ianya di pagar rumah sang Bidadari. Cubaan mengetuk pintu hati oleh tetamu yang sangat akrab. Aku pula, hanya mampu tersenyum untuk membuang segala alasan serta pemikiran negatif yang cuba merasuk rakus minda suci ku ini. Pelepasan yang dibuat kerana ikhlas ingin melihat ia bahagia.

Biar walau caci hina yang aku terima, aku tetap dengan pendirian aku. Tanpa bantahan, aku tetap melangkah mendekati ia. Supaya dapat aku belai, aku ubat dan aku legakan segala kesulitan mahupun kesakitan hati dan kulit. Zahir dan batin aku cuba bekalkan pada masa hadapan.

Sekarang, apa kehendak ia aku cuba sampaikan. Permintaan yang ia minta hampir serupa dengan apa yang bonda impikan. Meminta aku belajar dan memanfaat erti kesabaran supaya aku mampu berfikir dengan tenang dan segala kemungkinan dapat diselesaikan dengan tepat. Ya, masih muda dan masih terlalu awal jika dibandingkan dengan usia ku. Tapi kehidupan berdasarkan pengalaman siapa tahu, khasiatnya lebih dari 100 tahun pembelajaran teori.

Apa yang aku lakarkan sekarang, sekeping nota peninggalan memori selepasnya hari semalam. Maka hari ini dengan pengalaman dan pembelajaran yang baharu aku serapkan untuk nota hari esok. Sehelai kertas yang tertulis tentang rasa cinta pada bidadari mulia yang aku tidak mahu mencari ganti atau yang lebih baik dari ia. Aku serahkan kunci peti perasaan yang aku simpan hanya untuk satu - satunya bidadari yang aku impikan, untuk ia simpan dan sememangnya aku kekal miliknya hingga tamatnya kisah jika tuhan menarik nikmatnya.

Telah aku relakan segala kesakitan serta keperitan dan kesulitan yang kami hadapi, akan dijinjing bersama - sama. Itu janji aku.

Kau yang teristimewa,
....................
Ahmad Syukor B. Abd Razak

Saturday, May 7, 2011

Diari untuk Ibu

Tabahnya hati kau menghadapi kekerasan dugaan yang mendatang*

Setelah kederhakaan aku pada kau di masa lalu, yang sewaktu aku sedang bangkit dari kejahilan aku, satu persatu aku bantah..Apa yang disuarakan kau dan juga ayah. Zaman pemberontakan aku terhadap keluarga dan diwaktu itu jugalah masa menyembuhkan segala luka dan meningkatkan daya pemikiran aku.

Kuasa pemberontakan aku hilang dikala selepas sahaja senja berlalu, menanti laungan azan untuk waktu isya'. Aku baru pulang, dan jarang sekali aku melihat rumahku disinggah oleh saudara mara dengan kelihatan kereta serta kenderaan kepunyaan mereka. Aku pelik dan seperti biasa aku sangat biadap dengan sengajanya membuka pagar rumah dengan kasar supaya mereka dengar dan tahu bahawa aku tidak sama sekali ada perasaan suka dengan kehadiran mereka di kediaman aku. Tanpa melengkapkan tongkat pada basikal aku, aku hanya campak sahaja satu - satunya harta kesayangan aku itu semata - mata untuk menunjuk perasaan.

Aku melangkah masuk*

Terkejut aku apabila aku dilanggar oleh emak dengan keadaan tergesa - gesa berlari keluar dari rumah, sedangkan ahli keluarga dan saudara aku yang lain duduk seperti mesyuarat keluarga yang hanya diadakan ketika menjelang majlis perkahwinan. Aku tersentak seketika dan cuba beralih muka, sekali lagi aku dilanggar secara kelam - kabut oleh ayah dan nenek. Kelihatan emak sudah berada didalam kereta dan hanya ditunggu untuk menghidupkan enjin dan terus pergi akan tetapi sempat dirampas oleh ayah.

Aku berlari keluar pergi ke kereta*

Melihat air mata emak mengalir deras, takungan di mata tidak lagi mampu menahan limpahan air mata emak yang mengalir laju, memukul dan meneran kuat segala yang terkandung dari hati. Emosi*
Titisan yang jatuh menampakkan wajah anak - anak yang dilahirkan emak serta memori pahit manis bersama keluarga sekian sudah. Aku yang selama ini yang bersikap panas baran serta tak ada perasaan tiba - tiba terasa sebak. Tiada jawapan untuk perasaan aku ketika itu. Yang aku sedar, aku turut menangis apabila melihat emak sedang teresak - esak sambil menghantuk kepala di roda pengendali(steering) kereta berkali - kali. Terus aku tahan emak lalu bertanyakan kenapa.

Melihat tepat ke wajah ayah*

Tanpa menjawab soalan aku, ayah hanya meminta emak bersabar begitu juga dengan nenek. Aku cuma terdiam dan berdiri disebelah kereta sabar menanti jawapan dari bibir ayah. Dan setelah hampir satu jam mereka memujuk emak, emak setuju untuk berbincang semula tentang krisis yang telah diundang oleh ayah. Akibat terlalu letih, emak terpaksa dipapah oleh ayah untuk masuk kedalam rumah semula sementara aku menjadi terpinga - pinga melihat kejadian seolah drama yang berlaku dalam detik hidup aku pada masa itu.

Ya, siapa yang tidak tertekan jika kebahagiaan yang telah berpuluh tahun lamanya dibina bersama - sama keluarga, tambahan pula emak sudah melahirkan kami 7 beradik dimana aku diturutan nombor lima. Cuma kali ini bukan salah siapa - siapa. Ayah dan emak telah pun berbincang terlebih dahulu mengenai hal ini, dan yang hanya aku tidak berpuas hati kerana kami adik beradik diasingkan daripada mengetahui dan berbincang mengenai hal tersebut dengan alasan tidak mahu kami masuk campur. Sampai sekarang aku tidak memaafkan keputusan yang dibuat oleh mak dan ayah aku. Kerana waktu itu aku sudah cukup matang untuk menilai keputusan tersebut.

Semenjak kehadiran Ibu tiri aku, yang dahulunya beragama kristian tetapi sudah memeluk ISLAM selepas berkahwin dengan ayah. Mak yang dahulunya suka bergurau senda dengan ayah sewaktu dalam kediaman kini tidak lagi seperti dahulu. Cuma yang ada, kami anak - anak nya sahaja yang selalu menemani emak sewaktu beliau memerlukan seseorang untuk berborak. Emak pernah menyatakan kepada aku, yang beliau ingin ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Aku bantah sekeras - kerasnya, cukuplah dengan aku seorang disini mereka banyak mengeluarkan peluh untuk menyara aku disini. Perit! Lagi - lagi emak ada ayah, tak elok jika beliau bersendirian di Kuala Lumpur. Aku percaya emak sengaja cakap begitu kerana ingin meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya pada aku. Ya, aku faham. Selepas sahaja kejadian yang berlaku bertahun dulu. Emak telah berubah dan begitu juga dengan aku. Tidak lagi aku melawan apa yang diinginkannya. Jika dia meminta supaya aku berlembut hati dan banyak bersabar, terus sahaja aku mendengar serta berubah demi emak. Walaupun hati abang - abang ku masih belum boleh mendengar nasihatnya. Biarlah walau aku seorang sahaj anak lelakinya yang patuh dan sentiasa ada disisi emak walau dimana aku berada. Aku tak mahu emak membuat keputusan yang tidak patut. Aku sedia ada menjadi penasihat, pendengar, penjaga serta pembela emak yang setia..ini JANJI aku pada diri aku sendiri supaya tiada apa yang boleh melukakan hati emak lagi.

Sememangnya dahulu, dan aku berani jamin bahawa luka - luka yang ada pada hati emak itu adalah punca dari aku. Kini aku usahakan supaya luka itu sembuh semula dan aku berjanji akan hilangkan parut tersebut setelah aku berjaya nanti. Cuma aku minta kepada Allah..doa aku supaya panjangkan usia emak tak lupa juga ayah. Aku ingin membalas segala jasa mereka, sepanjang hidup aku ini. Walaupun aku tahu tak seberapa mana pun yang mampu aku balas. Aku cuma mahu mereka bahagia di dunia dan diakhirat. Tentang ibu tiri aku, turut aku doakan kerana dia bukan lagi orang asing walaupun hanya mendapat tempat sebagai ibu tiri pada aku. Dia telah pun memeluk ISLAM dan juga isteri kepada ayah ku. Kadang - kadang aku malu juga kerana dia tidak pernah tinggal solat sungguhpun dia mengusahakan kedai makan untuk meyara kehidupan nya serba serbi.

Aku sering cakap pada emak , "yang lepas tu biarkan sahaja, kerana yang mendatang ini kita perlu hadapi. Persediaan kita perlu rapi. Emak, sungguhpun ayah perlu bahagi kasih sayang sebagai seorang suami, emak perlu bersabar, ini semua kehendak ilahi. Emak jangan lagi ungkit dan emak perlu banyak bersabar. Tabah! Emak ada Syukor. Emak ada Kami!! Anak - anak emak..berdoa lah emak. Emak beruntung kerana akan dihadiahkan payung emas pada kehidupan sesudah mati nanti"

Emak, sebenarnya aku sentiasa teringat tentang kesabaran kau. Walaupun kadang - kadang kau menangis, aku tahu itu semua perasaan dan emosi, aku rasa juga apa yang kau rasa. Tapi kau tetap bersyukur dengan apa yang terjadi. Apa jua rezeki yang ALLAH beri pada keluarga. Apa jua dugaan yang ALLAH uji pada keluarga. Kau sangat hebat sehinggakan aku yang bertahun berdendam pada keluarga terus lembut. Kerana kau emak......Tiada apa yang lebih hebat dari kau..dan telah aku rungkaikan sebab nama aku diberi. Supaya aku sentiasa redha dan ikhlas menjalani hidup aku. Ya Allah..ampunkan lah dosa ibu bapa ku..aku sayangkan mereka..

Untuk emak yang tersayang,
Puan Hasnah bt. Rahim...

Saturday, April 30, 2011

Kebodohan

Semalam aku pergi beli nasi lemak kat kedai basikal, lalu mak cik kantin berkata tembikai habis. Cikgu suruh aku baca buku dekat hospital kerajaan, Ya aku dah pergi. Tapi pakcik tukang sapu sampah tu kata tiket bas dah habis. Aku tak dapat pulang kerumah untuk membuat origami. Petang tu aku bersenam dekat atas bumbung rumah, jiran sebelah minta aku jogging untuk dia. Aku cakap minta maaf mak cik, brake kereta tak makan ni, dia jawab tak apa lah, kamu pergi beli tiket LRT sebab tambang dah kurang 3 kupang budak - budak balik cuti.

Pagi tadi aku sampai kat kedai moto ah meng, nak isi minyak petrol tapi spana saiz 48 tak ada. Jadi aku beli botol dekat kilang tisu untuk bakar ayam untuk BBQ malam ni. Mak aku cakap suruh tolong ayah kemas belakang rumah, aku pun tolong la dia makan biskut kat atas almari rumah Samad. Sapa Samad? Amir pun berbual dengan Abu sementara Ali minum nasi kandar dengan kedai jahit mak som. Pening la aku macam ni kalau khatijah tak beli kapal terbang.

Baru ja petang tadi aku beli topap maxis, tiba - tiba celcom pulak buat hal. Aku dah cakap kat doktor, suruh bayaq bil stremyx, dah tu dia marah aku pasai unifi tak sambai sabah sarawak. Ni aku tampaq la kepala jiran aku, punca dia la mak cik kat depan kolej aku lintas jalan tak pakai jejantas. Aku dah suruh depa buat jalan bawah tanah, alang - alang boleh la semua pi berenang kat atas katil kedai buku.

Ulat bulu baru ja lintas jalan tadi, dia kata siput kat pasar dah habis sebab pemandu teksi tunggu depan rumah. Aku telefon pemandu kereta api, dah tu pelancong kat KLIA tu yang makan nasi. Tolong la aku dah la dahaga, lain kali bagi la aku main futsal wei...Penat aku beratoq nak beli tiket monorel. Last - last orang jual minyak tanah tu yang kaya. Bukan aku tak pesan suruh budak - budak pi main guli, yang depa pi marah anak uncle maniam tu pasai pa. Bagi ja la kari dengan roti canai. Apa la susah - susah pi tengok wayang.

Ni last la aku nasihat. Jangan la main api, pasai satgi ikan yang memancing tu boleh dapat buaya. Bukannya aku tak cakap kepada harimau berteloq. Hampa yang ketegaq (degil) tak mau kopi radix. Lani aku nak hampa semua pakai seluaq tracksuit. Baru boleh main monopoli kat rumah Saidin. Ok OK.. yang ni betoi - betoi last nih. Kat dapoq rumah aku ada nugget. Jom kita pi makan jeruk kat pasar malam. Ok..bye bye.

Bangang.
Ahmad Syukor B. Abd Razak

Thursday, April 28, 2011

Salah Dan Silap

Aku telah mengakibatkan kelukaan hati seorang insan yang pernah membantu aku dalam kesusahan. Ya, aku sengaja berbuat demikian. Kerana dia perlu ada hidup dia sendiri dan aku perlu selesaikan tanggungjawab aku antara aku dan dia*

Panggilan telefon yang terlepas, salah masa ketika dia menghubungi aku. Kadang - kadang aku sedang nyenyak tidur, kadang - kadang aku dalam kelas dan kadang - kadang aku sibuk tentang sesuatu. Namun semua itu tidak aku jadikan alasan kerana aku akan menghubunginya semula.

Aku tak mampu cerita panjang, cuma aku ingin nyatakan aku telah buat salah dan silap kepadanya. Tentang pertolongan yang dia hulurkan kepada aku itu telah aku ucapkan terima kasih tapi tentang kesalahan aku kepadanya. Sekeras - kerasnya aku cakap pada dia aku tidak akan meminta maaf kerana aku ingin dia membenci aku. Kerana aku bukanlah sepertia yang dia fikirkan. Aku lebih teruk dari apa yang aku tunjuk. Jahanam*

Aku kejam, ya dan memang. Sesungguhnya aku tak layak untuk diberi layanan istimewa dan belas kasihan mahupun kawan - kawan. Aku akui bahawa sikap aku akan menghancurkan hidup aku. Buat masa ini aku akan kekalkan dengan jawapan aku tapi setelah aku selesaikan tanggungjawab aku terhadap dia. maka akan aku suarakan penyesalan aku pada dia. Kerana aku fikir, pada waktu akan datang, akan lebih sempurna jika aku menyesal kepadanya.

Sebab lain, aku tak dapat nyatakan. Kerana ia benar - benar peribadi kepada kedua - dua pihak.

Yang tak berperasaan,
Ahmad Syukor B. Abd Razak

Bukan Salah Matahari

Sepintas Fajar menyinsing,
Subuh berlalu dikala bulan perlahan beransur hilang,
Bersapa salam dengan Planet Matahari,
di Alam Tuhan.

Makhluk sedar dari lamunan,
buaian mimpi yang melagukan irama syahdu,
lantas celik mengejar rutin harian,
ada yang ligat dan ada yang menanti bulan jatuh ke riba.

Rupa tak berwajah,
seakan berbicara tanpa kata,
Dikala cerah kadang - kadang ter-terjah,
Yang dalam gelap gelak ketawa.

Satu, dua, tiga mati*

Kala langit biru berubah gelap,
tertitis air mata awan yang berlegar,
dibawah lapisan ozon,
yang melindungi kemarahan mentari tika melihat saudara planet dicemari.

empat, lima, enam hujan dah turun*

anak mata tenung tajam kearah bantal,
tangan menjalankan tugas membentang lapisan tilam kapas,
selimut dicapai,
aku tidur.

yang sangat selesa,
Ahmad Syukor B. Abd Razak

Monday, April 18, 2011

Tidak Aku Benarkan Kelahiran Aku Sia - Sia

Maafkan aku Encik Abd Razak dan Puan Hasnah*

Hidup aku tak tentu arah, mungkin kerana aku masih muda dan perlu mencari jalan dan arah yang tepat dalam perjalanan aku.

Dulu, diwaktu aku masih kecil. Mak dan ayah selalu mengharapkan aku cemerlang dalam pelajaran. Ya aku sering dipukul apabila aku malas belajar. Dan aku sesal kerana sehingga detik ini, sifat dan perangai malas aku telah berjaya menakhluki hati ini. "Ampunkan aku Encik Razak dan Puan Hasnah."

Terus terang aku cakap, mungkin aku bijak tapi aku tak pandai. Kerana aku cepat belajar tentang sesuatu perkara itu dan disebabkan kemalasan aku, aku dah menjadi sebodoh sekarang. Dulu aku degil tapi aku salahkan keluarga aku apabila mereka memarahi dan membenci aku seketika. Paling sakit apabila kadang - kadang kita tahu ada pilih kasih dalam keluarga. Ya aku memang kuat cemburu kerana aku perlu tahu apakah penyebab pilihan itu. Aku banyak berfikir tentang keluarga dan aku tak mampu hendak menahan. Telah penuh buku nota yang aku beli untuk belajar akan tetapi aku menangis didalamnya sehingga penuh. Tertekan*

Waktu aku diusia pertengahan remaja, memang aku sungguh - sungguh mahu belajar. Aku ligat siapkan kerja rumah dan segala latihan yang diberi. Aku berubah semangat makin berkobar. Cuma yang tak berubahnya perangai. Masih mcm "setan" kat sekolah, biasalah waktu itu lah aku nak merasa jadi hebat. Maafkan aku Cikgu Haris Osman dan Tuan pengetua*
Tapi waktu genting dimana peperiksaan menjelang, tiga hari sebelum itu masalah menimpa lagi. Sebenarnya aku patut gembira kerana kesabaran mak aku menyebabkan dia bakal dianugerahkan "payung emas" di-syuga kelak. Tapi aku keliru, apakah keputusan orang tua ku itu wajar tanpa berbincang dengan kami yang berhak mengetahui. Sedangkan aku rasa umur aku waktu itu sudah pandai menilai baik buruk dan memahami keadaan. Disebabkan tersalah keputusan, aku dengan emosi aku telah terperangkap dengan dugaan aku sendiri. Maafkan aku Encik Razak dan Puan Hasnah*

Aku mengaku, aku kurang hajar terhadap kedua abang aku. Kerana aku marah dengan sikap mereka. Bukan kerana aku pandai atau apa, cuma mereka sukar menerima teguran dan tidak langsung menilai teguran aku ini baik atau tidak! Sepatutnya pada usia sekarang aku rasa mereka dah boleh membalas jasa kedua orang tua aku ini. Maafkan aku Syafiq dan Ahmad Shafuan*

Yang aku ada untuk menjadi kuat hanyalah ibu aku yang tersayang dan kakak aku yang baru berkahwin. Aku kian rasa kakak aku semakin jauh kerana dia perlu hadapi dugaan dan tanggungjawab dia yang bakal mengharung hidupnya kini dan seterusnya. Tentang emak, dari dahulu lagi, sebenarnya aku kerap memberontak terhadap kedua orang tuaku ini, cuma setelah peristiwa tersebut*, aku takut emak pergi dari kami. Aku terus lembut dengannya, dengar setiap kata - katanya, kerana dia memang bidadari aku dari aku lahir lagi. Kadang - kadang aku tak sampai hati melihat dia menangis, aku pun berlalu. Bukan apa, cuma aku tidak mahu menangis dihadapannya kerana aku hendak dia fikir, aku masih kuat untuk menghadapi rintangan yang ada. Terima Kasih Puan Hasnah*

Sampai aku besar, lebih tepatnya sekarang. Aku tak berapa rapat dengan ayah, cuma tak seteruk dahulu. Selepas aku menjaganya di hospital waktu beliau sedang sakit kerana ditimpa kemalangan pada waktu selepas solat subuh beliau menaiki motosikal untuk pergi mencari rezeki. Aku dalam cuti semester waktu itu, balik kampung dan ingin rehat. Bangun semestinya lewat. Tapi hari itu tak seperti biasa, kerana jika aku pulang kekampung tidur aku memang selesa biarlah diruang tamu sekalipun dan memang aku tidur diruang tamu setiap kali aku pulang ke kampung halaman. Aku dikejutkan oleh kakak aku, segera bangun dia berkata "aku jatuh bilik ayaq tadi". Aku menggaru kepala kerana tiada pula luka atau kecederaan yang dialaminya. Cuma ayat kedua yang lafazkan itu yang membuatkan aku lantas pantas menyiapkan diri. "Ayah eksiden nuh!dok ada kat spital!Mak dok reyau(nangis) tadi talipon aku.Jom lekaih siap!" Terima Kasih Nur Adinie*
2 hari berturut - turut aku tak tidur sebab mahu menjaga ayah agar beliau selesa dikatil kerajaan. Aku melihat bacaan nadinya setiap masa dan hampir beratus kali aku memanggil jururawat jiga bacaannya menurun atau pun menaik. Aku sangat risau, Ya aku sayangkan ayah. Emak pun turut risau, tapi aku suruh emak tidur agar kesihatannya tidak terganggu dengan kerisauannya itu. Siapa yang melihat aku waktu itu, terutama saudara saudara ayah dan emak aku. Mata rabak sudah seperti terlebih dos dadah. Bersambung dalam "cerpen : kasih ayah"*

Kini, aku sudah sedar mana yang patut aku pilih. Harap benih yang aku semai, segera tumbuh agar semangat aku tidak mati seperti dahulu. Aku ingin menjadi insan yang baik, dan yang paling penting aku tidak mahu air mata emak dan ayah aku tertitis lagi kerana kebodohan aku. Tentang abg - abg aku? Biarlah mereka dan cerita mereka yang mengajar mereka. Semoga masa mengadili mereka sebaik - baiknya..

.............
Ahmad Syukor b. Abd Razak

Saturday, April 16, 2011

Perkenalan Tanpa Sengaja

Secara tidak sengaja aku kenal dengan kenalan baru aku ini melalui talian persahabatan seorang rakan aku di kolej.*

Mungkin kerana sudah biasa dengan kehidupan sosial berbatas di kotaraya
berbekal pula dengan usia remaja separa dewasa jadi kami mampu berbual seperti sudah lama kenal.

Aku pernah rizabkan satu hari suntuk untuk bersiar - siar bersama beliau. Tujuan adalah kerana aku ingin mengenali lebih sebagaimana aku berkawan dengan kenalan aku yang lain. Disebabkan pertemuan pertama yang menyebabkan perkenalan tanpa sengaja kami itu disertai 4 individu, jadi aku rasa tidak sesuai untuk bertanyakan latar belakang.kerana waktu itu perbualan secara berkumpulan.

Dia hebat, berpelajaran tinggi oleh itu aku agak segan dengan dia. Oh ya,esok (18.04.2011) pada jam 11.35 p.m penerbangan dari Malaysia ke Perancis. Kenalan aku ini akan tiba di lapangan terbang pada pukul 6 petang esok. Berita buruknya adalah, aku tak dapat berjumpa dengannya buat kali terakhir..haha..Cuma aku panjatkan doa supaya dia berjaya menghabiskan pelajaran di sana dengan cemerlang.

Atas permintaan*

Dikala bulan melemparkan senyuman manis,
Terimalah dan simpan terus ke hati.
Sabit yang tajam tatkala membayangi gaya langkah permulaan yang baru,
untuk diIqra kan.

Saat - saat yang berlalu,
jika diabaikan
biarlah dengan wang ringgit berjuta - juta
takkan mampu membeli walau sesaat masa yang berlalu.

Jua aku disini,
bibir petah mengeluarkan kata
menyatakan aku bimbang
kerana kau perlukan sesuatu yang terang.

Jika malam yang menyelubungi,
menceritakan sunyi dan sepi,
aku doakan agar,
bintang - bintang terang sentiasa
dengan kerdipan indah
menemani kau dikala muram.

Untuk kenalan tanpa sengaja
dari,
Ahmad Syukor b. Abd Razak

Perbicaraan Bisu

Kelihatan seorang muda sedang duduk di bahu jalan,
Sujud tanpa sejadah.

Aku mendekatinya dengan niat untuk berbicara
Cuba untuk hilangkan resah yang ditonjolkan pada riak wajahnya.Senyum*
Bertanyakan tentang kejadian yang menimpa
Dia bermuram, Sedih..tanpa berkata kata.Duduk*

Kelakuannya seperti sesal akan sesuatu,
aku rela berbicara seorang diri tanpa dibalas sepatah
demi untuk membantu apa yang tersimpul dalam pemikiran dia.
Aku nampak dia menangis.

Peluk bahu*
Sepatutnya kau perlu berusaha semula..kau dah jatuh kau perlu bangun..jangan risau jika diantara sekeliling tiada yang mahu menghulurkan tangan sebagai bantuan.Kau sudah mahu melangkah ke usia dewasa.Seharusnya kau perlu bangun dengan segala kudrat yang tertinggal.Ia bukan sisa semangat tapi ia adalah punca kekuatan.

Tentang masa*
Kau telah menzalimi keadaan dan hanya mengharapkan keampunan.
Masa tidak begitu mulia!
Mulakanlah perjalanan hidup yang baru.
Jika sebelum ini kau berkenderaan.
maka turunlah,gunakan telapak kaki yang sedia ada..
Serta merta kenikmatan kau rasa dengan ada nya persekitaran yang indah.
Perlahankan langkah kau itu,supaya kau tidak ketinggalan setiap isu yang dikhabarkan.

Sebelum pergi*
Jangan kau mencuba kalau kau tak terdaya
akan tetapi kau perlu lakukan dengan usaha.
dan lihatlah keadaan berubah
apabila keikhlasan tersemai dari benih kesungguhan.

Perbicaraan bisu 2011.04.16
Ahmad Syukor B. Abd Razak

Wednesday, March 30, 2011

Miss Call

Aku, tidur mati dan susah sedar. Sangat susah. Siapa - siapa yang aku minta tolong untuk kejutkan aku waktu pagi, mereka akan rasa menyesal yang teramat. Kerana menghubungi aku dan aku tidak sedar pun. Kalau ya pun, mungkin berpuluh kali hubungi aku, baru aku sedar dan menjawab telefon.

Tapi, selalunya aku yang menggemparkan orang. Kali ini, aku terkena. Ceritanya sangat indah buat aku. Seseorang yang bersabar dengan sikap aku, cara aku berSMS, cara aku jawab dan tamatkan telefon. Memanglah sangat sakit hati, aku pun dapat merasakan sendiri dan memang itulah cara aku. Tapi beliau ini, sungguh penyabar. Aku nak ceritakan tentang hebatnya kesabaran beliau.

Kali pertama aku meminta beliau untuk kejutkan aku waktu pagi, 38 miss call yang aku terima apabila aku terjaga dan sememangnya aku tak bangun pun pagi itu. Kali kedua, 36 kali pun aku tak bangun. Kali ketiga 50 kali dan call yang kali ke-51 tu baru aku sedar dan jawab panggilan tersebut dan hanya mengucapkan terima kasih.

Kali terakhir aku meminta tolong, malam tu aku lupa cas telefon dan meletakkannya disebelah aku. Aku letak atas badan aku dan aku terus tertidur, sedarnya esok pagi. Telefon aku terpadam mungkin sebab kehabisan bateri atau terjatuh lalu terpadam. Aku buka semula, dan lihat ada 2 sms yang diterima. Maxis dan beliau. Aku tgk mesej beliau dulu. Mesej tersebut berbunyi begini "wei awat hang off fon hang gila,hang tau tak hang kena bangun pagi"...Aku tersenyum dan membuka sms yang dihantar oleh Maxis dan mesejnya pula berbunyi begini "you have 133 missed call from 017xxxxxxx"

Aku tersentak, menatap telefon aku sungguh lama. Aku terus simpan mesej dari Maxis yang tak pernah aku simpan pun jika Maxis yang menghantarnya. Ini disebabkan kesabaran dan keikhlasan beliau dalam mengerjakan amanah. Aku harap, biar panggilan sahaja yang dilepaskan [miss call]. Tapi, aku tak nak "MISSED" dia..kalau Miss tak mengapa..hehe

Aku terkedu, terharu, gembira, suka, berubah.
Ahmad Syukor B. Abd Razak

Thursday, March 10, 2011

Mana pergi lukisan aku?

Lalu aku melakar , mengukir , menulis di sebatang pohon,
yang dahannya kukuh untuk bergantung.
Serta aku tebas rantingnya untuk dibawa pulang,
supaya kelak aku dapat menebus semula apa yang aku tinggalkan.

Tiba bayu,
membisik halus ditelinga.
Memberi aku ketenangan seperti selalu,
untuk melelapkan mata.

Dan daun tadi,
perlahan - lahan ia gugur ke bumi.
Dengan senafas angin,
Lalu ia terlekat dibahu aku.

Melangkah jauh,
serta aku meninggalkan tapak - tapak yang terdahulu.
Menjadi seni kehidupan dari corak pengalaman hidup aku,
Yang baik dijadikan contoh kepada sikecil yang membesar.
Moga aku mampu tersenyum dengan detik yang mendatang,
Ditempuh dengan tabah.

Maka tibalah saat itu,
apabila sang bulan melemparkan senyumannya pada hidupan dibumi.
Semuanya layu dibuai cahaya tunggal pada malam hari,
sepi pun hilang dan ditemani bintang - bintang.

Menulis dikala hujan :
Ahmad Syukor B. Abd Razak

Thursday, March 3, 2011

Kalau Kau Mengayuh basikal, Janganlah Kau Mengejar Kapal Terbang

Angan - angan yang setiap satu kita pernah impikan supaya ia jadi kenyataan. Tapi, berbaloikah kita mengharapkan angan - angan itu menjadi kenyataan tanpa bergerak selangkah pun untuk melihat ia menjadi kenyataan. Nah, ambil-lah, sedikit cerita angan- angan yang direka aku. - syukor

Jijo seorang mekanik  yang mempunyai seorang isteri serta 2 orang anak. Dimana dia bekerja dengan Abg Jem di sebuah bengkel kereta. Sedar tak sedar, Jijo bekerja dengan Abg Jem dari sesudah dia habis sekolah sehingga dia berkeluarga. Ya, sudah hampir 20 tahun dia bekerja sebagai mekanik Abg Jem dan kini, Abg Jem menyatakan hasratnya untuk memberi pengurusan sepenuhnya kepada Jijo oleh kerana ketulusan dan kesungguhan Jijo dalam bekerja.

Mendengar Abg Jem berkata begitu, Jijo meminta supaya bengkel ditutup awal dengan alasan dia ingin berjumpa dengan isterinya dan menceritakan berita tersebut. Abg Jem melihat riak kegembiraan pada wajah Jijo lalu membenarkannya.

Berbalik kepada 3 hari sebelum kejadian.(flashback)
"Assalamualaikum, boleh saya berjumpa dengan tuan empunya bengkel ini?" Jijo disapa seseorang yang berpakaian pejabat dan kemas. Beliau memperkenalkan dirinya, Amir seorang perunding daripada sebuah syarikat pemaju yang ingin membuat pelaburan dan perkongsian untuk memajukan perniagaan bumiputra. Waktu itu Abg Jem tiada di pejabat dan Jijo mewakilkan dirinya untuk urusan itu. Dalam perbincangan tersebut, Amir menunjukkan semua dokumen - dokumen tentang latar belakang syarikat, Jijo yang tidak tahu apa - apa mengenai perniagaan ataupun syarikat hanya meng-iyakan sahaja semua yang ditunjuk Amir. Amir menawarkan Jijo supaya menjual sedikit perkongsian kepada syarikat mereka dengan tujuan sama - sama berjaya. Memandangkan Jijo tidak mempunyai apa - apa, dia hanya berkata akan memberi jawapan di hari lain kelak.~~tamat [sekadar cerita kosong untuk peneman minum kopi]

Kembali ke semasa.
Jijo, sangat selesa dengan apa yang disuarakan oleh Abg Jem lalu dia terfikirkan tentang impian-nya untuk menjadi kaya raya. Tiba dirumah, dia hanya mandi dan keluar semula tanpa memberitahu apa - apa kepada isterinya. Kelihatan isterinya terpinga - pinga melihat raut wajah Jijo yang teramat gembira malah hanya singgah rumah untuk mandi lalu dengan tergesa - gesa keluar semula.

Jijo keluar ke bandar, dia pergi ke kedai kereta dan bank. Semua itu untuk penjaminan(bukan masa depan) merealisasikan impiannya. Kegelojohan Jijo membuat keputusan tanpa berfikir, membuatkan beliau rasa berpuas hati dengan turutan nafsunya. Dia tidak sedar hari - hari yang mendatang mungkin memburunya. Sebelum ini, Jijo hanya membawa sebuah motosikal yamaha 4 lejang 110 cc(lagenda) untuk ke tempat kerja serta membawa keluarganya bersiar - siar keliling kampung. Namun, dia telah membawa pulang sebuah kereta baru dari bandar ditukarkan kepada motonya yang asalnya sudah cukup sempurna baginya dahulu. Dengan menggunakan semua wang simpanannya selama hampir 20 tahun itu, dia mampu membeli kereta jenama tempatan dengan tunai!

"Abg bawa kereta siapa tu?" Dengan nada gelisah isteri Jijo bertanya kepadanya. "Kereta kita lah! Abg dah tukarkan dengan motosikal cabuk tu, lagipun abg pergi bank tadi untuk keluarkan semua wang simpanan abg untuk beli kereta ni. Baru la rasa mewah sikit."
Isterinya terdiam tanpa kata, dia tahu kehidupan keluarga mereka bukannya senang akan tetapi dia dah cukup bersyukur dengan apa yang mereka punya sebelum ini. Dia juga tahu, setiap kali sebelum tidur, Jijo akan pasangkan angan - angan untuk dia selesa dengan tidurnya. Sekarang dia dah lihat, suaminya itu cuba merealisasikan angan - angan itu sedangkan mereka tidak punya apa selain dari rumah peninggalan arwah bapa mertua Jijo dan simpanan yang tak seberapa. Dia juga banyak kali menasihati Jijo agar tidak usah terlalu kuat berangan. Dia tahu kadar kemampuan Jijo pada tahap apa.
Baru seminggu, bengkel yang berada dibawah pengurusan Jijo sepenuhnya itu dah hampir tunggang - langgang. Bukan apa, dia tak jejak langsung ke bengkel itu sejak Abg Jem menyerahkan kepadanya. Abg Jem takut jika ia terlalu berat buat Jijo untuk pikul. Jijo hanya memberitahu Abg Jem dia sedang melakar strategi untuk memajukan bengkel kononnnya. Padahal dia sibuk membuat urusan pinjaman untuk membeli rumah, tanah dan sebagainya. Perabut - perabut dirumah semua sudah dia tukarkan dengan yang baharu tapi yang lecehnya dia membelinya dengan cagaran dan bayaran bulanan. Ya, angan - angan Jijo untuk hidup mewah sudah tercapai dengan tersuratnya akan tetapi secara tersiratnya dia berhutang keliling pinggang.
Dia tidak sedar bahawa dia baru sahaja diberi pengawasan oleh Abg Jem untuk menguruskan bengkel itu dan masih belum menjadi milik sepenuh Jijo lagi.(dah buat perangai)
Hari demi hari berlalu Jijo hanya terlantar dirumah. Bengkel bagai tersadai. Abg Jem datang melawat Jijo dirumah, takut - takut dia jatuh sakit. Abg Jem terkejut apabila tiba dirumahnya, rumah Jijo lengkap dan segalanya serba mewah! Sedangkan rumah Abg Jem sendiri pun biasa -biasa sahaja. Jijo dengan tidak berbaju keluar dari biliknya, baru bangun tidur matanya sembab! Abg Jem menasihati Jijo agar tidak berterusan begini. Dia juga memberi peluang terakhir kepada Jijo agar menjalankan tanggungjawab dengan baik atau Abg Jem akan mengambil balik bengkel itu. Jijo seakan tidak dapat menerima hakikat lalu memarahi Abg Jem dengan cacian dan maki hamun. Dia mengatakan bahawa Abg Jem hanya dengki dengan apa yang dimiliki(hutang). Abg Jem tidak mahu perkara itu berlanjutan lalu menyatakan Jijo tidak dibenarkan menjejak kaki ke bengkel itu lagi. Dengan angkuhnya Jijo menghalau Abg Jem keluar dari terataknya itu. Isterinya merajuk dengan sikap Jijo yang kurang ajar dan tidak mengenang budi itu. Disebabkan isterinya itu seorang yang lemah lembut, jadi dia hanya berdiam diri tanpa kata.

Sudah 3 bulan berlalu, Jijo hanya duduk dirumah tanpa bekerja. Simpanannya semua dah habis digunakan malah dia tidak mempunyai kerja pun. Keesokannya, pekerja dari kedai perabut datang kerumah Joji. Mereka datang untuk mengambil semula kesemua perabut yang dibeli dengan hutang kerana sudah 3 bulan pembayaran tidak dibuat. Joji tidak mampu berkata apa - apa, semua perabut dalam rumahnya habis diangkut termasuklah bantal dan selimut serta dapur gas. Isterinya tergamam, Jijo pula duduk termenung di ruang tamu rumahnya. Kini yang tinggal hanyalah kereta "mewah" nya itu dengan tong gas yang sudahpun habis isinya. Isterinya kecewa lalu lari kerumah ibu - bapanya bersama 2 orang anak mereka. Tanpa meninggalkan pesanan, mungkin untuk selamanya. Bahawa perlu kita sedar, sekali kekecewaan yang mendalam maka kita akan kehilangan semuanya.

2 bulan berikutnya, Abg Jem pergi ke rumah Jijo. Nalurinya berasa tidak tenang. Perasaan serba salah dan kecewa dengan Jijo semakin menjadi - jadi. Dia bukan sengaja akan tetapi terpaksa. Tiba sahaja dirumah Jijo, Abg Jem hairan kerana ada bau yang terlalu busuk serta rumahnya kelihatan terbengkalai seperti rumah kosong yang tak dihuni. Pintu semuanya berkunci tapi hatinya tetap tak sedap. Abg Jem cuba menghubungi isteri Jijo akan tetapi panggilan tak sampai mungkin kerana isterinya sudah tidak memakai telefon bimbit. Jadi Abg Jem tergerak hati untuk memecah masuk ikut dapur. Dia pun membuat demikian untuk menyelesaikan serabut dalam hatinya itu. "Astaghfirullahalazim..." jerit Abg Jem kerana terkejut melihat mayat Joji demakan ulat serta perutnya kembung. Terus dia berlari meminta tolong orang kampung serta menelefon polis dan hospital. Mereka mengesyaki Jijo mati kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari. Mungkin dia masih termenung dan menyesal dengan perbuatannya itu sehingga sanggup tidak makan dan minum. [Ingatlah bahawa kita kalau terjatuh di lebuh perjalanan kehidupan, haruslah kita bangun semula dan mencari jalan lain serta menunaikan ibadah dan berdoa kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH maha pengampun dan maha pemurah serta maha segala - galanya.]

Kematian Jijo diketahui isterinya seminggu berikutnya oleh kerana Abg Jem menjenguk dia di kampung ibu bapanya. Mujur dahulu Arwah Jijo pernah membawa Abg Jem ke kampung mertuanya. Segala - galanya dicerita dan dikongsikan kepada mereka semua jugalah kepada orang - orang kampung untuk diambil iktibar.

Sekian,
aku yang kehabisan idea menamatkan penulisan aku disini. Assalamualaikum.

Thursday, February 17, 2011

Persinggahan di lebuh perjalanan hidup

Benar, kita semua sekarang berada di satu landasan yang mana kita semua perlu laluinya dengan suka ataupun duka. Dari perjalanan ini, kita tak tahu bila kita akan rebah dan sememangnya perjalanan kita amat jauh. Aku selitkan sedikit kata - kata En.Rozinor Razali pada aku,"iqrakan setiap langkah kamu didunia,kutip batu dijalanan sebagai peneman higga ketemu persimpangan, nilai petunjuk arah berdasarkan pengalaman". Dalam maksudnya itu dan apa yang dikatakan memang kena dengan kehidupan aku setakat ini.

Apa yang kita lalui, pernahkah kita kira jaraknya sehingga kini? Pernahkah kita kira kesilapan,kebetulan,kejayaan,kesedihan yang kita rasa? Aku rasa tidak, kerana terlalu banyak yang terbuku dalam diari kehidupan kita.

Aku menenggek di tepi jalan, dengan tujuan untuk berehat. Tapi aku nampak cahaya yang mana aku percaya ia adalah tapak resolusi untuk aku berjaya dalam hidup aku. Lalu aku cuba untuk singgah lama. Daripada menenggek sahaja, aku tumpang mandi disitu. Hingga kini aku masih berada di persinggahan itu mungkin kelak, masa sudah sampai, aku perlu beredar. Tapi selagi boleh, aku ingin berkampung dahulu disini.

Friday, February 11, 2011

Bermulanya penulisan pertama diBlog

Aku yang baru sahaja berjinak - jinak dengan dunia penulisan. Telah aku fikirkan masak - masak. Aku tamatkan riwayat Adam Akasah yang selama ini membantu aku menyesuaikan diri. Aku tak lagi menopengkan identiti aku. Kini aku adalah aku dan aku adalah Ahmad Syukor b. Abd Razak. Nama yang terlintas difikiran Ibu Bapa aku semasa aku ghairah hendak keluar dari rahim ibuku. Tidak lagi aku hampakan mereka walau aku ini memang menghampakan. Tapi aku bersyukur yang aku dijadikan begini,walaupun takdir telah tertulis. Aku perlu juga menjalankan kehidupan seperti yang dirancang oleh-Nya yang telah mengurniakan aku pemikiran seperti ini.

Pengenalan buat aku. Lahir pada tahun 1991 di Hospital Besar Bukit Mertajam. Hendak juga aku berterima kasih kepada jururawat dan doktor yang menyambut kelahiran aku jika aku berkesempatan. Boleh berbahasa mandarin akan tetapi penulisan dan membaca tulisan mandarin aku dah lupa,maafkan aku cikgu Lee,cikgu Wang dan cikgu Kang kerana aku tak sengaja mengabaikan pengajaran kamu,oleh itu aku akan mempraktikan percakapan mandarin sampai bila - bila.

Tak perlu panjang lebar tentang pengenalan aku. Kamu semua boleh cari aku di Facebook[Ahmad Syukor Razak].

Aku suka menulis,oleh itu kawan aku mencadangkan aku supaya adakan blog. Disebabkan aku buta IT maka aku lambat lah nak kemaskini blog aku nih dan kalau tak cantik harap maaf,aku tak kreatif cuma aku banyak berfikir. Sekian sahaja pengenalan aku.